Cik-anne Friend

Saturday, October 20, 2012

Part 1- Itaewon

Hai Uols,

Sambungan dari Entri Korea...sorila cik-anne agak busy 2-3 bulan nie...almaklum, aritu baru balik dari Melbourne, pastu HCM pulak...banyak nye entri yang tertangguh nie...huhu

Hari nie cik-anne & hubby nak melawat beberapa tempat yang menarik di Itaewon. Lebih kurang 22,000 orang yang menetap dan bekerja disini. Antara yang ramai duduk di area nie ialah orang Arabs & askar US. Maybe diorang ada kem kat sini kot.

Pagi-pagi pun traffic jem jugak...tapi bersih jer jalan diorang kannn...

Okay, cik-anne naik Subway ke Itaewon nie. Peace !

Keluar je dari subway tu, terus kelihatan kesibukan jalanraya di bandar Itaewon nie..Keta Polis pun guna Sonata tau...Smart.( kat atas tu Bus Stop kat Itaewon)

Kat area nie pun banyak cafe, Starbucks pun ade tau...

Yang berminat shopping pun suka datang sini, sebab banyak shopping outlet...K-pop style..hihihi

Uols nampak kan, Mr kebab...antara yang Halal kat sini...lagi satu kawasan kat bandar ni berbukit-bukit...weather pun sejuk jer...

Kat sini sesuai untuk Muslim tourist nak cari barang2 dapur or restaurant...banyak pak Arabs yang jadi peniaga...

Buah ape nie...sape tau...tolong habaq sat cik-anne...

Ada Morning market yang jual kat area nie...selalunya yang jual kat sini Ahjumma...hehehe

Barangan plastic yang murah, macam kat Mesia, kita ada pasar tani kan...

 Di Itaewon terletak satu-satunya masjid terbesar yang di kenali sebagai Seoul Central  Mosque. Masjid ini dibiayai oleh orang2 Muslim yang menetap di area Seoul. Contik kan...


Terdapat juga kedai2 menjual buku2 Islam & library untuk belajar bahasa Arab, Quran & Hadith....

Kalau uols dah jemu makan kebab, boleh la singgah di restaurant2 nie...cuba makanan Arab di Seoul...

Tak ketinggalan, kedai2 menjual pakaian Muslim seperti dalam gambar kat atas... Ada tudung, jubah, sejdah, kain2& macam2 lagi lah...

Penat berjalan tekak haus pulak, jumpa kedai GS 25 lebih kurang macam 7Eleven la.See, there are so many different brand of milk!!.Tapi yang paling glamor sekali banana milk la. Kalau uols mai Korea tak  lengkap kalau tak minum banana milk nie. So nanti uols boleh cuba okess...

Nie kedai yang menjual Yago Manjoo...sedap tau kuih nie...macam kuih Apam jepun tu...

Antara kedai2 yang femes dengan Kebab kat Itaewon nie

Weols sempat la lunch kat sini...sedap gak makanan pak Arab nie...

Lepas mengalas perut dengan Kebab, weols pun teruskan tour kat Itaewon nie. Banyak gak souvenir, t-shirt, frame kat area nie. Tapi weols tak singgah pun. Sebab weols nak beli kat satu kedai nie, owner dia pandai cakap Melayu sikit2...hehehe

masing2 hepi lepas makan Kebab, now weols nak pi shopping souvenirs...hihihi

Kalu uols minat barangan sukan, kat sini pun ada outlet Adidas, Nike & macam2 lagi tau...

Di sepanjang jalan nie, banyak shop yang jula barangan2 untuk tourist especially leather products tapi uols kena pandai tawar menawar...sure dapat harga murah...

Kedai nie pulak jual leather product dari Croc & Ostrich..memang berkualiti, tapi harganya a bit pricey but still murah dari Mesia okesss.

Haa...kat sini boleh beli jaket2 yang femes di kalangan student2 kat Korea nie...Tapi weols tak beli sebab takde size yang sesuai..huhu..harga pulak lebih kurang Rm180-220...leather tau...

Banyak juga kedai2 yang buat sale ens of Winter kat Itaewon nie..apalagi..cik-anne pun shopping la...

Yes! Favorite Cik-anne...stoberi ler!!! Kat sini buah stoberi segar, besar, manis dan sangat murah harganya.

Best..best..best sambil jalan-jalan makan stoberi..satu paket tu Cik-anne leh habiskan sorang okes..hik3

Aik.. macam sama je handbag kita?? beli kat mane tu..huhuhu

So, apa komen uols dengan Itaewon nie...best kannn... Kalau boleh nak pergi selalu...terutama bila winter, sejuk jer sambil jalan2 tengak gelagat orang Korea kat sini..masing2 fokus dengan gajet kat tangan...seperti Samsung S3, Note or LG...nantikan entri cik-anne kat lotterworld pulak yer....:)

-Cik anne-
Ceria Selalu

Friday, October 19, 2012

Part 1 - Seoul,South Korea


An-nyeong-ha-se-yo “안녕하세요. ” uols !

First time Cik-anne and Mr hubby menjejaki Seoul.Segala persiapan ala kadar jer.Percutian kali ini memang di rancang oleh  Mr hubby  khusus untuk isterinya, sape lagi kalau bukan Cik-anne nie.

FYI, yang belum pernah ke sana, South Korea terletak tak jauh dari Japan, so kalu ada Ferry, boleh la singgah ke Fukuoka, Japan..:P



Sebenarnya dah lame Cik-anne berangan angan nak ke Pulau Nami.Nak tengok apa yang best sangat tempat  tu.Alhamdulilah permintaan  Cik-anne  di turutkan oleh  Mr hubby .Tq yer My darling!!! Segala perbelanjaan di tanggung oleh  Mr hubby ..Itu yang paling best!!!! Sukeeeee.....hihihi 

Kat Airport LCCT....Macam biasa, weols memilih Air Asia X sebagai pengangkutan rasmi ke Seoul. :D

Sempat Cik-anne bergambar dengan Girl Generation..hehehe

 Penerbangan ke Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam dan weols tiba di airport Incheon pada jam 10 malam.Suasana di Incheon sama seperti di KLIA.
 
 
Gambar atas : Sekitar airport Incheon / Aiport Limo / Tour Guide

Weols sampai lebih kurang jam 10.00pm ikut jam Korea. Beza waktu satu jam awal dari Malaysia.Weols mengunakan tour guide student Malaysia yang belajar di sana.Sampai di airport weols tak menghadapi banyak masalah.Imigresen kat sini semuanya tak banyak songeh.Uols tak payah nak risau lah. Alhamdulillah, setelah selesai urusan Imigresen, weols mengambil bagasi dan terus ke arrival hall.

Tour guide weols dah menunggu di arrival hall.Haddie adalah salah seorang tour guide yang akan membawa weols tour di Seoul..Si Haddie nie pun muka dah ala-ala Korea kan!! Puteh melepak kulitnya...Sape2 yang rasa nak kulit puteh tu apa kata menetap jer kat sini..Weols booking mereka sebulan awal sebelum pergi. Kalau uols nak gunakan khidmat mereka leh la jenguk Travelkorea. Hafis and Haddie nie dah lame di sane, so selok belok tempat tu mereka dah tahu.

Dari airport ke Open Guesthouse, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam.Tiket bas untuk dua orang KRW30,000. Aktiviti weols dalam bas, tak lain tak bukan... Zzzzzzzzz.



Open Guest House (Gambar owner) 

Living Hall...luaskan

Banyak buku2 rujukan seperti Lonely planet & pamplets utk tourist.

Freezer nie weols kongsi ramai2...tapi kena label nama masing2...:)

Lepas gunakan, sila basuh oke...


Kawasan luar guesthouse weols...sejukkk

Kawasan berbukit di jadikan penempatan mereka


Jalan tu menuju bawah tanah...ada banyak bilik kat bawah tu...


So ikut pada schedual weols, first sekali pi melawat War museum, pastu jalan-jalan and lunch kat Itewon last ke Lotterworld Theme Park..



Date : April 2012
Loc : Seoul
Weather : End of Winter
Temp : 12-4 Deg C
Transport : Subway train

Uols kena terrer baca Seoul subway map nie..baru senang nak gerak kemana-mana...betul tak? 

Tu la Tour guide weols untuk hari pertama di Seoul...student Master dari Mongolia...(lupa lah nama dia, huhu)

Menjamah breakfast yg dibawa oleh tour guide...simple breakfast jer...:) Dalam kedinginan pagi, memang best hirup kopi or tea kannn...

Kalau ikut schedule hari pertama melawat War Memorial , makan tengahari di Itaewon dan terus ke Lotterworld Theme Park.Dari Hangsung Universiti station  weols beli tiket train untuk ke Samgakji station.

5 minute walk from Samgakji Station of no. 4, 6 line (Exit 12)..

Inilah War Memorial of Korea...

Kanak-kanak tadika pun wat lawatan kat sini.Aik macam Cik-anne lak teacher!!, comel-comel budak-budak nie.Pipi semuanya gebu-gebu uols...

War Memorial of Korea is located in Yongsan-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea. It opened in 1994 on the former site of the army headquarters to exhibit and memorialize the Military history of Korea.


Kat sini uols leh tenguk banyak kapal terbang perang , meriam  dan banyak lagi kapal-kapal besar.Kawasan nya pun cukup luas, letih juga la kaki nie.Nasib baik cuaca tak panas, idak la cik-anne berpeluh-peluh..

The PKM-357 National Security Exhibition Pavilion

Kapal perang K-I Tank


Askar-askar yang telah berjuang di medan perang..

  Statue of brothers
Kisah adik beradik yang terpisah dan berjumpa semula di medan perang.Si abang berjuang untuk Korea Selatan manakala si adik berjuang untuk Korea Utara.

Sebelum balik cik-anne sempat lagi Cik-anne pose..hik3




Cik-anne
-Ceria Selalu-






Sunday, October 14, 2012

Berhijrah ke tempat baru....

Assalamualikum....


Bersua kembali kita yer..Kejab je masa berlalu, pejam celik- pejak celik dah seminggu rupanya Cik-anne di sini.Bukannya Cik-anne tak nak update entry- entry trip holiday haritu, tapi masa tidak mengizinkan.Untuk pengetahuan uols, Cik-anne kini dah berhijrah ke tempat lain.Kini Cik-anne dah menetap bersama Mr Hubby di Miri, Sarawak.Dulu weols hanya bersua sebulan sekali  jer, tak macam uols kat luar sana tu, hari-hari leh jumpa yang tersayang kan!!! Berkat kesabaran dan doa kini weols dah leh duduk bersama..yes!!!!, I LOVE YOU ABANG....

Kini Cik-anne nak menyesuaikan diri di tempat orang.Nak cari kawan-kawan baru kat sini lak.Kalau ada sesape teman blogger kat luar sane tu, sudi-sudikan lah roger2 Cik-anne nie yer.Hikhikhik..

Tapi sedih gak bila teringat kat mak ngan abah.Cik-anne tak pernah berjauhan ngan mereka.Inshaallah satu hari nanti nak bawa mereka mai sini pulak.

Ada sesape yang pernah menetap or holiday kat Miri tak???

Apa yang menarik kat sini ekk? Boleh kongsi ngan Cik-anne, manelah tahu info tu berguna untuk weols di sini.



Oklah, nak sambung mengemas barang yang masih dalam kotak tu.Bila dah siap semuanya, inshaallah Cik -anne akan update entry yang tertinggal tu yer....Bye..bye










Wednesday, October 3, 2012

Holiday lagi!!!!

Holaaaaaa!!!!!!

Uols Jom ke Vietnam...lebih tepat lagi ke Ho Chi Minh city.

Jom..jom.. sape nak ikut Cik-anne memborong kain.Banyak lagi tempat kosong nie.Lusa Cik-anne nak pi dah.Ada sesape nak kirim ker? 
Nak kirim boleh, tapi bagi ongkos nya sekali yer..hikhikhik

Apa yang menarik kat Vietnam nie ek, sampai dua kali Cik-anne nak pi?? Yang pasti dalam senarai Cik-anne sudah tentu :-



Ben Thanh Market
Semua yang nak ada kat sini, bermacam macam jenis kain ada kat sini, Swiss cotton, Liberty cotton, Indian cotton semua nya ada, Sutera vietnam pun tak la mahal sangat berbanding sutera kat tempat kita.

China Town ; Binh Tay Market
Sini banyak jual borong...kalau nak buat niaga boleh la mai sini..

Night market berdekatan Ben Than Market
Baju kurung siap, jubah, telekung lebih murah kat sini..Kalau pandai tawar menawar la..

Kedai cermin mata Nhat Quang
Cik-anne nak memborong sungglases lagi..kat sini semua brands ada tau.Sebut je nak brands apa..Gucci,Prada,Coach,Dior, Channel semuanya adalah..Yang pasti semuanya ORI tau!! 

Kopi ais Trung Nguyen
Perghhhh, kopi vietnam memang marvelous, kalah kopi starbuck..hihihi


 Travel Luggage...

Samsonite, The Northface, Deuter semuanya murah kat sini. Kali nie hubby nak memborong lagi..Murah sehhh....


Oklah Uols nanti Cik-anne sambung lagi okess...Entry Korea belum habis lagi, Entry Aussie pun tak sempat lagi nie di tambah Entry Vietnam lak...Uols tunggu jer la yer!!!
Nanti Cik-anne nak wat contest tau!! Banyak souvenir Cik-anne nak bagi Uols yang sentiasa bersama Cik-anne nie.Uols tunggu yerrr!!!

-Cik anne-
Ceria Selalu