Cik-anne Friend

Friday, July 29, 2016

Part 3-2 Roman Bath & Stonehenge


Perjalanan dari Windsor Castle ke destinasi seterusnya mengambil masa lebih kurang 1jam 45min menaiki bas weols. Nak tau kemana? Weols akan ke Roman Baths yang terletak di Bandar Bath.

Gambar2 yang sempat Cik-Anne snap semasa perjalanan ke Bath.
Apa itu Roman Bath?Roman Bath adalah sebuah kompleks pemandian air panas yang di gunakan oleh para raja dan penduduknya di zaman Roman. Selain di jadikan tempat pemujaan para dewa, air pemandiannya juga di yakini sebagai penyembuh dan mampu mengubati berbagai macam penyakit.


Menurut Wikipedia, Kompleks Roman Baths merupakan tempat mandi golongan bangsawan Roman pada kurun ke-19. Mula dibina pada 1894 dan siap 3 tahun kemudian.


Memang ramai tourist..so kemasukan mengikut tour group masing2.


 Roman Bath menjadi salah satu UNESCO World Heritage Site.

Ada 2 tingkat

View dari tingkat atas Roman bath.

Inilah kolam yang dipercayai mujarab untuk pesakit pada zaman dulu.


Terdapat juga pengukir yang menunjukkan hasil seni mereka disini.

Dah penat weols jenjalan kat dalam muzium Roman Baths tu, lebih kurang 2 jam jugak tau. Weols pun keluar nak cari makanan untuk lunch. So kat sini memang ada café, tapi full dgn tourist.

Ternampak kedai bakeri..so Cik Anne sempat beli few buns (vegetarian).

Nyum..nyum..nyum...harga pun murah. (sila jgn convert..hihihi)

Ada juga kedai2 souvenir yang menarik. MADE IN ENGLAND
Mini mart.

Tertarik dgn basikal bunga nie..Cik-Anne pun snap.

Ada juga kedai kamera...hubby's passion.

Misteri Stonehenge

Orait...dari Bandar Bath, bas weols menuju ke Salisbury. Destinasi kami seterusnya adalah Stonehenge. Tempat wajib pergi sekiranya uols ke UK. Meh Cik-Anne nak story sikit pasal Stonehenge nie.
Stonehenge merupakan suatu tapak yang dibangun pada zaman Neolitik. Ia terletak berdekatan dengan Wiltshire, England, sekitar 13 kilometer barat laut Salisbury. Menjadi tarikan utama pelancong  paling terkenal di dunia, Stonehenge merupakan lingkaran batu tegak yang berada di dalam lingkungan tembok tanah.
Gambar dari atas..sumber Google


Stonehenge berasal dari kata Stone dan Henge. Stone bererti batu, manakala Henge bererti lingkaran. Ia juga merupakan UNESCO World Heritage Site.
Ada yang berpendapat, kewujudan batu2 ini adalah bukti wujudnya makhluk ansing di muka bumi pada zaman dahulu. Nak tau lebih lanjut, rajin2 kan google yer...Tapi, bagi Cik-Anne, semua ini adalah kehendak & ciptaan Allah Yang Maha Esa. Terpulang pada pendapat masing2 kan....hihihi.
Baru sampai...cuaca agak mendung...gerimis
Teruja nak saksikan keajaiban dunia.

Syukur..dapat jejakkan kaki disini..Peace !

Sebenarnya batu2 nie taklah besar sangat...tinggi 3-4 meter
Walaupun hujan gerimis dah mula turun..masih ramai yang tidak berganjak.
Gambar2 kenangan sebelum balik semula ke London petang nie.


Weols sampai semula di London lebih kurang jam 8 malam. Cik-Anne & hubby terus menapak ke Halal Restorant di Bayswater untuk dinner. Kesejukan & kelaparan selepas seharian mengikuti tour disudahi dengan Beriyani rice & kebab. Alhamdulillah....:)


Ada sambungan lagi tau...Tunggu !


-Cik Anne-
Ceria Selalu


p/s: jom follow Cik-Anne...thanks

9 comments:

Nieda Ramly said...

singgah sini ..salam pagi

Cik-Anne said...

Hi sis...salams singgah ye...:)

Juls Julie80 said...

salam ziarah & follow sis..

seronoknyer banyak berjalan..luas pemandangan,.,. hrp ada rezeki untuk jejak kaki ke bumi orang satu hari nnt.. :)

Cik-Anne said...

hi Julie,

Thanks sudi jengok2 blog Cik Anne..ni...

//Cik-Anne baru balik holiday nie...nantikan update terbaru yer...

Unknown said...

As salam. Utk ke castle, roman bath dan stonehenge ni guna pakej ke, atau plan sendiri?

Yose Suparto said...

BROKER TERPERCAYA
TRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

Wak Lat said...

mana kesinambungannyer ahkak ?! maseh x balik mesia keewe

Time Traveller said...

Roman bath tu agak2 masa siap dibina air dia jernih ke atau hijau mcm tu hahahaa... Stonehenge belum ada rezeki nak samnpai lagi.. Mana part seterusnya jom update blog its 2023 .. :D

Time Traveller said...

Hahahahaha...