Cik-anne Friend

Wednesday, October 19, 2011

Part 1 - Innsbruck, Austria

Lewat petang, weols tiba di Hotel Alpinpark, Innsbruck.Thanks to the summer time yang siangnya panjang atau matahari terbenam sekitar jam 9 malam, selepas check-in weols dinner di Hotel and terus menuju ke bandar Innsbruck untuk mencuci mata. Tempat yang di tuju tentunya "Old town Innsbruck"...

Sedikit fakta utk anda yang belum pernah kesana...Innsbruck adalah sebuah bandar atas gunung di dalam negeri Tyrol (Western Austria). Ia berhampiran di Lembah Inn yang juga terkenal dengan Winter Olympics 1976, 1984, 1988. Pada tahun 2012, Innsbruck akan menjadi host pertama Winter Youth Olympics. Memang di musim winter, snow akan memenuhi seluruh kawasan Innsbruck ini.
Ingat tau..Austria bukan Australia...:))

Baiklah, apa maksud Innsbruck ? Menurut sejarah, perkataan "bruck" berasal dari bahasa Jerman iaitu Brücke (bridge), jadi Innsbruck = "the bridge over the Inn."

Jom layan gambar2 yang berjaya dirakamkan disana...hihihi...

Dinner weols yang simple vegetarian meals...


Dessert...choc cake...yummy

Hotel weols nie tak la jauh sangat pun dengan town, lebih kurang 15 minit jer jalan kaki...


Sambil jalan, refer to tourist map...baru tak sesat..hihihi


Cute car, using gas...


old city...Innsbruck


Chill in Austria...


Depan restaurant...



Cuckoo clock...Cik-anne ingat nak beli satu sebagai kenang-kenangan, tapi bila di fikirkan susah nak bawa balik....so lupakan lah hajat tu...sedihhh *_*

Kedai souvenirs...


Weols sempat pusing around the old town, dalam satu jam boleh cover most of the area..

Cik-anne bersama family Kak Diana teman dari Indonesia...

Yang kat belakang weols tu la 'Golden Roof''.Kalau uols nak tahu Golden Roof nie paling glamour kat Innsbruck, jadi cam mercu tanda.Kebanyakan souvenirs mesti ada gambar menara nie.Cik-anne tak tahu ler emas betul ke kat bumbung tu.Kalau betul emas, memang hebat benor ler security diaorang...tak ilang tu..^_^

Nice frame kan...kat Innsbruck je ada nie...hihi


one of the museum...cak...hihi

Opssss, best tak story cik-anne nie...kalau uols suka cik-anne nak sambung lagi Part 2 Innsbruck!!!


8 comments:

Unknown said...

Mak oiii..sadisssss...nya bahasa pengomen yang tak bernama tuuu! Dah la singgah kat rumah org...tak suka tak payah baca!Tak pun...Eloknya tumpang lalu ajelah...ada hati nak tinggal jejak...tapi malu2 nak taruk nama!

BTW...Cik Anne...kita tulis apa yang kita rase, kita papar apa yg kita suka...orang suka alhamdulillah...orang tak suka...kita tak bulih paksa..betul tak? After all..kita punya blog suka hatilah kita nak tulis apa...janji tak buat dosa...merepek meraban tak tentu hala!

Akak suko...teruskan bercerita!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

omaigodd. seronok kan travel, alangkah indahnya malaysia kalau bersih macamni!

Cik-Anne said...

Zie~ thanks for ur support...hehehe

Fifiey~ memang best travel...tgk negara org...tp Malaysia tetap di hati kan...hihi

just.HY said...

cik anne, ape dorang tulis? pedulikan mereka sume! jnji kita heppy ok!

makanan kat atas tu nmpk lazat...tgh2 lapar ni. hihihi

AJ Basboussa said...

Lamanya tak datang sini..lepas ni jenuh la marathon baca entry2 yang terlepas.
Blog pun dah berubah wajah, nak komen pun dah senang, follower makin bertambah.
Alhamdulillah.

Cik-Anne@Arjuna said...

bdk2~ komen2 dari anonymous tidak akan dilayan hihihi...ada unsur2 jeles & PHD atas komen2 yang tak patut di siarkan...(abaikan)...cik-anne dah remove...

Aj~ rajin2 la baca entri2 ok...hihi

Chibi Maruko said...

tenguk gambar ni buat tak sabar nak ke sana, bulan feb kami seminggu pegi berski kat st anton, dalam sejam dari innsbruck.

Cik-Anne said...

Chibi...wahhh best nyer...sure snow banyak kan...jangan lupa amik gambar banyak2...hihihi