Cik-anne Friend

Monday, April 11, 2011

Buah tangan dari Qatar...


Mr Hubby cik-anne baru balik dari Qatar tempohari.Bukan holiday pun,urusan kerja....Cik-anne kirim kurma asli dari sane...sedappp manis berkhasiat gitu....hehehehehe.


Tasbih yang di buat dari kayu kokka yang sememangnya terkenal sebagai kayu yang terbaik dan tahan lama.Menurut sumber2 yang dipercayai banyak kelebihan kayu kokka nie.


Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allahaman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Wallahuallam.....

weols kan pengumpul fridge magnet...mane tempat yang weols holiday mesti beli lah...


Berpasang-pasang dah jubah yang cik-anne dapat  dari Mr hubby tapi belum sempat-sempat lagi nak pakai......(*:*)



6 comments:

AJ Edrez said...

Sedap kan kurma fresh...
Kalau makan yg petik dari pokok rasanya macam buah ciku.
Yummylicious beb!
Tomey ah jubah2 tu.

Ayien Azreen said...

geram pulok tgk koleksi jubah2 tuh... hehehe

Arjuna @ Cik-Anne said...

Aj-Memang sedap......dulu dok mesir,
puaslah none makan buah kurma...jubah kita tak sebanyak jubah awak!!! hihhihihii

Arjuna @ Cik-Anne said...

Ayien~ Tq...hihihihihihi

syAShiD said...

wah...pas ni kak ana kena pki jubah plak.;)

Fizah said...

Tambah koleksi fridge magnet jom :)

http://susunatursioca.blogspot.com/2013/09/sticky-post-berita-baik-ada-penaja.html