Cik-anne Friend

Friday, May 20, 2011

Part 4 - War Remnants Museum....

Hari-hari terakhir Weols di Ho Chi Minh...Weols mulakan dengan melawat ke Muzium Perang Vietnam. Dibuka setiap hari dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang.Tiket masuk berharga 15,000 VND seorang.


Muzium ini di buka pada 4 September 1975.Muzium ini mempamerkan barangan-barangan bersejarah dan bukti-bukti perang Vietnam dan jenayah perang.Ada lapan bahagian pameran di dalam muzium ini.Muzium ini menjadi salah satu tarikan pelancong.Di anggarkan lebih kurang 500 ribu pelancong setiap tahun melawat muzium ini.




Ini lah kapal terbang yang di gunakan sewaktu perang Vietnam dulu.

Kereta kebal nie pun pernah di gunakan waktu perang Vietnam dulu.





Sejarah-sejarah perang Vietnam di simpan di sini.....


Nampaknya sampai di sini sahaja perjalanan Weols di Vietnam.Banyak kenangan manis Weols di sana.Jumpa lagi tahun depan...mungkin Cik-anne akan ke sana lagi.....^_^




No comments: