Cik-anne Friend

Thursday, May 19, 2011

Part 3- Chu Chi Tunnel...

Disamping Delta Mekong , Cu Chi Tunnels adalah tempat wajib bila sampai ke Ho Chi Minh City.Kisah perang Vietnam ini diwujudkan dalam sebuah kawasan yang dibuat sama seperti yang asal dulu, meskipun dengan hutan yang pokok nya baru nak membesar, hutan aslinya sudah hancur kerana perang dahulu.Kat sini Uols akan melihat sendiri bagaimana perang Vietnam dan memahami bagaimana perjuangan mereka.

Untuk memasuki Chu Chi Tunnel ini tiket di kenakan 80.000 VND seorang.Sebelum masuk Uols akan di berikan stiker untuk di lekatkan pada baju.Kira macam pas masuk lah.Setelah masuk pintu gerbang, Uols akan melalui laluan yang agak gelap.Keluar je dari laluan tu, Uols akan melihat suasana hutan rimba dengan pokok-pokok yang menghijau.

The visitor enter the sight see area....

Watch documentary film....

Dua ruangan untuk melihat film dokumentari.Terdapat beberapa bangku kayu untuk tempat duduk pengunjung.


Pengalaman paling menarik semasa ke Chu Chi tunnel adalah melihat semua peralatan perang yang dibuat oleh orang vietnam untuk menentang orang Amerika, dari perangkap dan terowong bawah tanah.Terowong sangat kecil dan sampai tiga tingkat dibawah tanah. Amerika kalah kerana terowong ni hanya muat untuk saiz orang vietnam yang kecil molek.


Salah satu perangkap maut....



Dulu masa zaman perang orang-orang vietkong makan kulit popiah yang di buat dari beras......seperti gambar di atas...

Selipar  yang di perbuat daripada getah yang di gunakan oleh tentera vietnam....


Tinggi siot nak lompat...Macam mane lah mak & abah cik-anne lompat agaknya...kalau tahu dalam terowong macam tu,memang tak bagi mak & abah ikut serta...Dah la kena jalan itik..ishhhh


Weols mencuba untuk memasuki lorong dengan merangkak sejauh 40 meter di dalam terowong ini,pada permulaan masuk terasa agak panas tetapi lebih kurang 25 meter       kedalam terasa sejuk dan berangin,lebih kurang 10 meter ke pintu keluar terdapat persimpangan didalam terowong ini,mengikut kata pemandu yang membawa lampu picit, laluan ini menuju ke ruang mesyuarat.Pengunjung yang ada penyakit asma, hipertensi, takut gelap, dan anak-anak kecil tidak di benarkan masuk.Cik-anne taubat...tak mahu masuk lagi dalam terowong tu..Seram siott...Cik-anne kesian ngan mak & abah, mereka tu dah la sakit kaki.Tercungap-cungap juga lah mereka.Peluh tak yah nak kata lah.....menitik-nitik membasahi baju.Adoiiiiiii

Sempat lagi pose....banyak lagi gambar Weols ngan patung tak bernyawa nie...tapi cukup la satu nie jer untuk tatapan Uols yer.....hihihihi


Akhir tour Weols dibawa menikmati sajian makanan yang biasa untuk merasa saat perang dulu. Makanan itu berupa ubi rebus yang disajikan dengan cicahnya kacang tanah. Untuk minuman disajikan teh herba dalam cawan kecil. 

Jemput makan semua....Lama tak makan ubi rebus nie...

 Bekas bom dibiarkan untuk memberikan gambaran serangan Amerika.

Sebelum keluar Uols akan lalu di kedai souvenir....macam-macam ada jual di situ..Weols tak singgah pun...










No comments: