Cik-anne Friend

Thursday, October 31, 2013

Part 2-1 : London Sightseeing - Trafalgar

Morning uols,hari kedua kat London.

Pagi-pagi lagi weols dah bangun...selepas breakfast weols nak join Bus tour Hop-On Hop-Off (HOHO) London Sightseeing. Suhu yang dingin memang best untuk jenjalan. So weols pun tak pakai jacket sebab masih boleh tahan lagi tahap kesejukan tu.
Tiket untuk bus tour tu hubby dah beli awal-awal lagi...kalau beli online boleh dapat murah sikit dlm GBP 25(Adult) & GBP11.50 (Child). Oh ya, weols amik The Original Bus Tour yang bas warna Merah+Cream. 

Ni la bas The Original tour. Weols duduk kat top deck, open top. Senang nak amik gambar kannn...hihihi.

Actually, ada banyak kompeni yang buat Bus tour nie...Weols pilih kompeni ni pun based on positif feedback yang tourist lain bagi...so buat first timer ke London, sila riki2 dulu bus tour yang mana korang rasa sesuai dgn budget & routes. Kalau tak sempat beli online, boleh jer beli tiket tour kat kaunter hotel or kat driver bas, tapi harga mahal sikit ler.  Tips : Beli tiket tour Online dari Malaysia awal2 lagi...save GBP3-GBP5 seorang tauu...

Bas kat belakang tu pun bas HOHO London. Memang dah jadi trademark bus double-decker kat London nie.

Ok, sedikit info pasal HOHO bas nie. Ada 3 laluan ( route ) utama iaitu Yellow , Red & Blue. Untuk detail, uols boleh la baca kat bawah nie yer...So uols boleh naik & turun di mana stop yang ada logo The Original Bus Tour jer. Tiket tu valid untuk 24 jam jer.

Bas HOHO nie akan berhenti di setiap stop yang terdapat dalam pamplet tour tu. Make sure uols amik satu copy yer untuk rujukan. Kalau takde, susah uols nak cari next stop untuk bas tu...betul tak...lesson learned,hehehe...(pernah jugak weols sesat, tak jumpa bas stop...malu Cik-Anne...hihihi)
Tips: simpan pamplet route untuk rujukan, malu bertanya sesat jalan...

Stop 1: Hyde Park ( memang femes kat sini...dah ler luas giler park nie). Boleh sewa basikal untuk ronda-ronda keliling park nie...kalau uols larat lah kann....So this is a must visit park bila uols sampai London okay.
Sambil tunggu bas, Cik-Anne sempat lagi posing2 kat garden di sekitar Hyde park nie...Ada banyak arca-arca dibina oleh artist2 yang terkenal kat London nie...cuba tengok kat belakang tu...

Cik-Anne tak sure pintu gerbang nie untuk apa...tapi memang besar & nice...tak jauh dari Hyde park.

Awal pagi, orang tak ramai sangat kat top deck. Memang berbaloi naik bas HOHO nie sebab uols xyah nak penin2 pikir mana nak pegi...just follow the correct route. Lainlah kalu uols sewa keta kat sini...hihihi. 

Uols juga boleh singgah kat Madame Tussauds London. Terletak di Marylebone Rd. Jangan lupa beli tiket awal2 kalau uols tak nak beratur panjang okay.

Open : 0930hrs - 1730hrs. Tiket : GBP 30.00 Adult & GBP 25.00. For details boleh jenguk2 website Madame Tussauds London  http://www.madametussauds.com

OK, now Cik-Anne kat depan The National Gallery. Ada banyak painting yang menarik kat dalam tu tapi Cik-Anne bukan peminat painting yer...so skip this tour. Cik-Anne banyak habiskan masa dengan photoshoot kat Trafalgar Square hihihi.

Open  Everyday : 1000hrs- 1800hrs     Entry : Free

Next Stop : Trafalgar Square. Antara dataran yang paling femes kat London.

Banyak filem2 shooting kat area nie. Tourist pun ramai lepak2 kat sini sambil merehatkan kaki yang lenguh berjalan...:) Ada jugak yang berjemur kat sini. Hari tu weols tak jumpa pun tourist dari Malaysia...maybe timing tak kena kot...

Sekitar Trafalgar Square. Arca Ayam Biru  tu baru jer di letakkan tahun 2013 oleh artist French Katharina Fristch. Nak tahu lebih detail, sila gugel yer...hihihi.

Malaysia Tourism office juga ada kat depan nie...senang nak cari if tourist nak info pasal Malaysia.

Sambil weols lepak2 kat sini, ada pulak Mat salleh (uncle & aunty) yang tegur weols. "Are you from Malaysia?". Maybe sebab dia nampak Cik-Anne pakai tudung kot. Weols pun jawab dengan bangganya, "Yes we are". Actually mat salleh tu penah datang KL. Dia suka dengan Malaysia. Lepas berborak lebih kurang, sempatlah snap gambar dengan diorang. Hope to see you in  KL. 

Cik-Anne akan sambung lagi yer...tour area Big Ben & London Bridge...stay tune okayyy....


-Cik Anne-
Ceria Selalu 

Friday, October 25, 2013

Homestay Melaka Bestari

Hey uolsss,

Sorry lah Cik-Anne busy sikit lately. Almaklumlah, sekarang nie dah nak hujung tahun...cuti sekolah pun dah dekat. 

Cik-Anne nak buat promosi berbayar kat sini yer...hihihi...

Kini Homestay Melaka Bestari dah buka untuk menerima tempahan dari tetamu seluruh Malaysia. Pastinya berbaloi kerana uols semua suka travel kan...boleh la singgah kat homestay nie untuk bermalam...

Untuk maklumat lanjut...sila ke blog homestay nie... 

www.homestaymelakabestari.blogspot.com  ( Murah, bersih & Selesa)




p/s : stay tune untuk sambungan entri ke London.

-Cik Anne-
Ceria Selalu