Sempena cuti 1 Mei hari tu Cik-anne and Family berpicnic di Tanjung Biru atau lebih dikenali sebagai Blue Lagoon yang merupakan salah satu pantai yang terkenal di Port Dickson.Sape2 pernah sampai ke Port Dickson mesti pernah dengar Blue Lagoon,yakni tempat mandi manda selain daripada Pantai Teluk Kemang ngan Pantai Saujana tu.Kebetulan waktu itu ada Pesta Air Malaysia yang bermula pada 29 April hingga 2 Mei.
Kami keluar awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan untuk mendapat tempat yang sesuai di pantai. Seperti biasa, jika diwaktu cuti Port Dickson pasti menerima jumlah pengunjung yang ramai. Ketika kami sampai di Pantai Tanjung Biru, jumlah pengunjung telah ramai.Tempat parking di sekitar Tanjung Biru dah penuh. Setelah park kereta, kami mula mencari ruang yang baik untuk dirikan khemah. Kami tidak mempunyai banyak pilihan kerana ramai pengunjung telah mendirikan khemah dan hampar tikar. Namun begitu, kami masih dapat mencari ruang yang terbaik untuk dijadikan ruang port kami.
Jika dari bulatan Teluk kemang uols ambik arah nak ke Melaka dan terus sehinggalah anda terlihat signboard Blue Lagoon.Masuk ke kanan dan terus.Untuk senang, guna penanda peta Ilham Resort.Terdapat papan tanda arah ke Tanjung Biru tetapi saiz yang agak kecil mudah untuk terlepas pandang.
Waktu nie, air laut masih surut. Untuk mandi, kenalah berjalan jauh ke depan pantai. Beberapa aktiviti menarik dijalankan di pantai ini seperti jetski, kayak, banana bot dan mandi manda.Cik-anne hanya mandi manda sebentar sahaja kerana cuaca agak panas.
nasib baik bawak khemah,panas terik lak hari tu...
nie lah big family cik-anne...time cuti nie lah baru dapat jumpa...
paling best dapat BBQ...
Ayam bakar...
Daging Blackpepper....
Udang bakar...
Ikan cencaru bakar...
Ikan Siakap....
Anak buah cik-anne yang semakin membesar...
Banana bot....
Sunburn tak yah nak kata lah..nasib baik bawak sunblock spf 40 kalau tak berbelang belang la muka.Berkampung kat Tanjung Biru sampai lewat petang.Seronok bila dapat bersama family.Bak kata pepatah melayu 'yang jauh di dekatkan,yang dekat di rapat-rapatkan'
Esok plan cik-anne nak bersantai-santai sambil2 mencari hasil laut di Pengkalan Balak pulokk....Uols tunggu Entry terkini yer!!! (^_^)
No comments:
Post a Comment