Cik-anne Friend

Wednesday, May 18, 2011

Part 1- Delta Mekong.....

Sungai Mekong

Hari kedua weols di bawa untuk melawat sejarah Sungai Mekong.Dari Hotel perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit dalam 80km.Perjalanan melalui lebuhraya 5 lorong sehala 2 lorong untuk laluan motosikal dan 3 lorong untuk laluan kereta dan kenderaan berat.

Cik-anne nak story sikit tentang nama asal Sungai Mekong nie.Dari bahasa etnik Thai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang) korang jangan ingat cik-anne nie memandai-mandai pulok yer,dah memang namanya macam tu. Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Kong bermaksud buaya besar, (alamakkk.. ade buaya ker Sungai Mekong nie) hehehe....tak mustahil lah...Sungai Linggi pun ade banyak buaya,nie pulak sungai yang......,korang tenguk sendiri lah betapa besar dan luasnya......



Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan keluasan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Loas,Kemboja dan Vietnam.


Sungai Mekong membahagikan negara Laos dan Thailand.

Di Kemboja, sungai ini dipanggil Tonle Thom (sungai besar). Sungai ini betul-betul di atas Phnom Penh, iaitu Kuala Tasik Tonle Sap. Mengalir ke selatan dan membentuk Delta Mekong di Vietnam.Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Mekong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'.Sorry lah cik-anne tak sempat nak tanya Jay-jay tu kisah 'sembilan kepala naga'.Tak tahu lah cerita tu betul ke idakk yerr.Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.

 Travel Agency - TNK TRAVEL


Yang baju merah tu lah pemandu pelancong weols namanya Jay-jay.Weols berhenti minum dulu  sambil berehat di salah satu deretan kedai yang terdapat di tepi-tepi jalan.Kiranya macam berhenti di RNR kat tempat kita lah.Tapi yang bestnya kebanyakan kedai-kedai macam nie mesti ada buaian.Cik-anne apa lagi....Uols jangan jeloss yer...hihihihi 

nasib baik muat....hahahaha

Amboi bapak mertua ku pun join sekali.....Layan......


Kopi 'o' panas....

Kopi Ais....sampai hari nie teringat-ingat kesedapan kopi ais nie....memang tak sama ngan kopi kita....sedap sesangatttttt

Lawatan pertama weols ke kawasan perkampungan kampung.Tak ingat lak nama apa kampung nie.Kat sini lebih kurang same macam kampung kat tempat kita gak,macam-macam pokok ada.Yang omputeh reramai tu punya la beriya riya nak tahu setiap nama pokok.Yang kelakar tu dia pelik tenguk pokok semalu...Uols tahu tak sebab apa...mesti uols dah tahu kan...cer.ci.ter...


Dah pernat jalan weols di jemput untuk merasa kelazatan buah-buahan tempatan.Dan di jamu dengan minuman Teh Jasmine yang cik-anne tak berapa nak suka.

Di hiburkan dengan nyanyian oleh 2 orang penyanyi yang mungkin glamor di kampung tu....

Macam paham je cik-anne tu...boleh tahan gak suara lelaki tu....leh masuk pertandingan suara mas...hahahahah

Sempat bergambar lagi....orang lain dah naik bot weols masih lagi nak click..click..click

Mak memula tak mau naik bot tu,dia takut ....pujuk-pujuk baru mau.....

Amboi.....cik-anne melaram dengan topi yang sangat berbaloi-baloi harganya..Uols tahu murah jer topi tu 1USD jer...

Cuak gak cik-anne nie.....

Jay-jay tu beritahu dalam nya air sungai nie lebih kurang 3 meter....Uols rasa dalam tak???


Lepas nie ke tempat membuat Coconut Candy pulok....(^;^)












Monday, May 16, 2011

Hari pertama di Ho Chi Minh....

Kali nie Cik-anne & Mr hubby memang sengaja memilih tarikh 8 Mei 2011 bersempena hari Ibu.Tanda rasa kasih dan sayang weols pada Ibu weols berdua.Dah lame tak bawa Ayah dan Ibu weols pi holiday.Tahun lepas weols bawa mereka jenjalan ke Jakarta,tahun nie bawa mereka ke Vietnam pulak.Memula mereka tak bersetuju ialah mereka takut susah nak dapat makanan halal kat sane,lepas jer tenguk Farra dalam rancangan Rasa Halal Vietnam terus setuju...bagi korang yang tak pernah lagi pi Vietnam jangan risau kat sane banyak restaurant halal.Kami sampai Airport lebih kurang pukul 11.10am jam Vietnam.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit.Perbezaan waktu Vietnam dengan Malaysia 1 jam.Cuaca di Vietnam lebih kurang same dengan Malaysia.

 Tan Son Nhat Internasional Airport.


Sampai je weols di Airport terus weols pi cari transport.Hotel weols dekat dengan Ben Than Memula nya weols nak naik bas jer ke Hotel yang weols dah booking online,tapi bila difikirkan yang weols nie bawa orang tua jadi lebih baik naik teksi jer..Weols naik teksi Saigon Tourist.


  Taxi yang membawa weols ke Hotel...

Kalau nak murah boleh naik Bus No 152 terus ke Ben Than Market.Tambang 4000 dong.Kalau duit malaysia lebih kurang RM0.60 sen.Tapi kalau naik teksi tambang jauh lebih mahal 7 USD.Hari tu weols terpaksa naik 2 teksi untuk ke Hotel.Perjalanan mengambil masa lebih  kurang setengah jam.

Lihat lah skuter memenuhi jalan-jalan di Vietnam nie.Penduduk vietnam sekitar 10 juta manakala sebanyak 5 juta  motor berada di jalan raya setiap hari (motor adalah pengangukutan utama penduduk di sana).

Hotel Ruby 2 dekat je dengan Ben Than Market jalan kaki lebih kurang 10 minit jer...sesuai sangat la.Tapi kebanyakan orang malaysia suka stay dekat Song Anh Hotel,Saigon Pink 2 Hotel,Boss Hotel semua Hotel tu dekat dengan Ben Than Night Market.Turun tangga je dah jumpa Night Market.


Lobby hotel...merehatkan badan seketika sebelum turun mencari makan...

Bilik yang kemas dan selesa...

VN.Halal dengan Restoran 4 season same owner...4 hari weols di Vietnam weols hanya makan di Restoran nie jer.Selain tu ade gak restoran halal seperti 4 Season,Kedai Sulaiman Halal,Bombay@Nyonya,depan masjid ada Halal Saigon,Parkson Foodcourt level 3 namanya D'Anjung Malaysia dan yang masuk jalan-jalan cari makan pun ada, on the way ke airport nama dia Satay House.

Pintu masuk restoren VN.Halal....


Menu weols pada hari pertama nasi puteh, tomyam, soup kambing,telur dadar,sayur chap choy,sayur goreng belacan dan ada cukai 10% tau.Semuanya lebih kurang Usd50.


Lepas je makan weols terus jalan kaki ke Ben Than Market....tak sabar nak nak habiskan duit...hihihihi. Kat Ben Than Market nie mereka  leh terima duit VND,USD dan RM. Kalau2 duit VND dan USD dah habis korang guna jer Ringgit Malaysia.

Ben Than market...


Pintu masuk Ben Than Market...

Kedai pertama yang weols terjah kedai no 468. Nama kedai tu Juyet.Cik-anne ngan mak banyak borong kain cotton ngan vietnam silk.

Korang jangan terkejut lak apa yang cik-anne buat kat bawah tu..sebenarnya cik-anne tengah pilih design untuk tempah baju.Satu hari dah siap tau.Mak cik-anne pun tempah sekali.Boleh lah pakai untuk raya nanti.Yang best tu dia siap hantar kat Hotel,korang tak payah la susah2 nak pi ambik.Best tak?? hihihihih

Kat sini banyak baju readymade...berpasang juga lah cik-anne borong..sambil Mr hubby menjeling jeling ...hihihihi

Deretan kain2 cotton...

Semua cantik-cantik....yang sebelah kanan tu vietnam silk...

Sape nak kawin leh la pi sini...corak terkini

Kopi Trung Nguyen yang paling glamor kat Vietnam...korang kalau pi jangan lupa beli tau! tak nyesal lah..Cik-anne pun beli berkotak-kotak...bukan nak wat niaga tapi wat minum sendiri.Cik-anne kan peminat kopi...ngeh3

Banyak jenis kopi di jual disini,tapi yang paling terbaik kopi arabica.

Inilah rupa biji kopi yang belum di mesin...

Sedang memproses biji kopi...

Helmet yang comel2...rasa nak beli tapi kat malaysia mane boleh pakai pon...jadi hasrat tu terbantut lah...

Kedai aksesori wanita...banyak gelang,rantai,subang dan macam2 lagi lah...

Pelbagai jenis kasut...


Suasana di Ben Than night market.

Handbag berjenama tiruan gred 1 pon banyak kat sini...

Beli FM untuk teman2.....


Tunggu sambungan di Part 2 cik-anne ke Delta Mekong....(^;^)