Cik-anne Friend

Wednesday, May 18, 2011

Part 1- Delta Mekong.....

Sungai Mekong

Hari kedua weols di bawa untuk melawat sejarah Sungai Mekong.Dari Hotel perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit dalam 80km.Perjalanan melalui lebuhraya 5 lorong sehala 2 lorong untuk laluan motosikal dan 3 lorong untuk laluan kereta dan kenderaan berat.

Cik-anne nak story sikit tentang nama asal Sungai Mekong nie.Dari bahasa etnik Thai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong. Dialek China pula menyebut 'Meigong He'. Sesetengah yang lain memanggilnya Lancang Jiang (Sungai Lancang) korang jangan ingat cik-anne nie memandai-mandai pulok yer,dah memang namanya macam tu. Bahasa Burma memanggilnya Mae Kahung. Kong bermaksud buaya besar, (alamakkk.. ade buaya ker Sungai Mekong nie) hehehe....tak mustahil lah...Sungai Linggi pun ade banyak buaya,nie pulak sungai yang......,korang tenguk sendiri lah betapa besar dan luasnya......



Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan keluasan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Loas,Kemboja dan Vietnam.


Sungai Mekong membahagikan negara Laos dan Thailand.

Di Kemboja, sungai ini dipanggil Tonle Thom (sungai besar). Sungai ini betul-betul di atas Phnom Penh, iaitu Kuala Tasik Tonle Sap. Mengalir ke selatan dan membentuk Delta Mekong di Vietnam.Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Mekong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'.Sorry lah cik-anne tak sempat nak tanya Jay-jay tu kisah 'sembilan kepala naga'.Tak tahu lah cerita tu betul ke idakk yerr.Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.

 Travel Agency - TNK TRAVEL


Yang baju merah tu lah pemandu pelancong weols namanya Jay-jay.Weols berhenti minum dulu  sambil berehat di salah satu deretan kedai yang terdapat di tepi-tepi jalan.Kiranya macam berhenti di RNR kat tempat kita lah.Tapi yang bestnya kebanyakan kedai-kedai macam nie mesti ada buaian.Cik-anne apa lagi....Uols jangan jeloss yer...hihihihi 

nasib baik muat....hahahaha

Amboi bapak mertua ku pun join sekali.....Layan......


Kopi 'o' panas....

Kopi Ais....sampai hari nie teringat-ingat kesedapan kopi ais nie....memang tak sama ngan kopi kita....sedap sesangatttttt

Lawatan pertama weols ke kawasan perkampungan kampung.Tak ingat lak nama apa kampung nie.Kat sini lebih kurang same macam kampung kat tempat kita gak,macam-macam pokok ada.Yang omputeh reramai tu punya la beriya riya nak tahu setiap nama pokok.Yang kelakar tu dia pelik tenguk pokok semalu...Uols tahu tak sebab apa...mesti uols dah tahu kan...cer.ci.ter...


Dah pernat jalan weols di jemput untuk merasa kelazatan buah-buahan tempatan.Dan di jamu dengan minuman Teh Jasmine yang cik-anne tak berapa nak suka.

Di hiburkan dengan nyanyian oleh 2 orang penyanyi yang mungkin glamor di kampung tu....

Macam paham je cik-anne tu...boleh tahan gak suara lelaki tu....leh masuk pertandingan suara mas...hahahahah

Sempat bergambar lagi....orang lain dah naik bot weols masih lagi nak click..click..click

Mak memula tak mau naik bot tu,dia takut ....pujuk-pujuk baru mau.....

Amboi.....cik-anne melaram dengan topi yang sangat berbaloi-baloi harganya..Uols tahu murah jer topi tu 1USD jer...

Cuak gak cik-anne nie.....

Jay-jay tu beritahu dalam nya air sungai nie lebih kurang 3 meter....Uols rasa dalam tak???


Lepas nie ke tempat membuat Coconut Candy pulok....(^;^)












2 comments:

hanilinn said...

salam. Kak, yang tour guide tu akak book masa kat KL or masa sampai vietnam baru book? kat mana kalau nak book? teringin nak pegi vietnam... ^_^

Cik-Anne said...

salam hanilinn,
Senang je dik, adik boleh book kat hotel reception..every hotel mesti ada tour pakej...harga pun not bad lah...