Cik-anne Friend

Monday, September 26, 2011

Verona, Italy

Sebut sahaja Verona, Italy apakah yang bermain di fikiran uols? Sebenarnya yang menjadikan Verona terkenal seluruh dunia ialah Roman Arena. Dan di sini jugalah terkenal kerana terletaknya kediaman Juliet (kisah cinta Romeo and Juliet).Cik-anne berkesempatan ke sane! Jom kita layan....

Nie lah bandar Verona....

Basikal menjadi pengangkutan utama...

Bersesak sesak laluan nak ker rumah Juliet nie...Hati-hati gak manelah tahu ade penyelok saku yang kita tak sangka-sangka...




Roman Arena @ Arena de Verona

View kat dalam Arena 


Di sinilah di zaman dahulu berlangsungnya pertandingan wrestling.Di samping pelbagai lagi aktiviti dan acara yang menarik ramai penduduk untuk datang ke Roman Arena nie.Arena ini boleh menampung seramai 25,000 orang dalam satu-satu masa. 

Bandar Verona juga telah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana memiliki struktur bangunan bersejarah.

Di tengah-tengah bandar Verona...

Pinggan mangkuk dari seramik cantik-cantik, tapi tak beli pun, leceh nak bawa balik....




Fountain Madonna Verona...famous nie

Kebanyakan penjual orang Asia...

Murah murah souvenir kat sini...(dalam euro la)


Pintu masuk ke rumah Juliet...


Uols masih ingat kisah cinta Romeo and Juliet ? kisah cinta sepasang kekasih ini memang menjadi salah satu kisah cinta terindah yang berakhir tragis.Salah satu bukti tragisnya kisah cinta ini adalah Tembok Juliet atau Juliet's Wall yang terdapat di Kota Verona, Italy.


Bandar ini merupakan bandar ke-4 yang paling ramai di kunjungi pelancong merata rata tempat.Tapi cik-anne tak sempat nak ambik photo tembok tu, masa tu bersesak-sesak orang (*_*)....


Balkoni rumah Juliet masih teguh berdiri dan masih di kunjungi oleh pelancong dari serata dunia hingga kini.

Cik-anne and hubby pun sempat gak pose berlatar belakangan balkoni rumah Juliet tu..hihihi

Uols ingat tak kisah Romeo and Juliet's!!!
Dari apa yang cik-anne tahu dua kekasih muda yang tidak diizinkan keluarganya untuk mencapai impian cinta mereka.Kemudian, keduanya nekad melarikan diri.Akhirnya apa yang terjadi ekk???


Patung gangsa Juliet...
Mengikut kepercayaan orang Italy jika memegang dada kanan patung juliet tu,dia akan mendapat nasib baik dalam percintaan...(uols jangan percaya pulak)...hihihihihi



Ada jugak pasangan yang percaya, bila nama kekasih di tulis pada mangga dan di kuncikan pada mangga pada pagar, maka pasangan itu akan hidup bersama hingga hujung hayat.Macam kat Seoul Tower  Locks di Gunung Namsan Korea tu..., kalau tak silap cik-anne puluhan ribu mangga telah di kunci pada pagar tu.(Rasa macam nak pergi sane lakk)...hihihihi

Kat sini ade gak kedai yang menjual souvenir.

Cheerio Verona ! See ya...

Sebelum meninggalkan Verona, sempat juga amik 2-3 shot berlatar-belakangkan kota indah Verona. Cik-anne berharap dapat datang lagi ke tempat yg menarik nie...

So jumpa lagi di entry akan datang ye...'Venice' kota atas air yang romantik di Italy.

Thanks for following my entries. To those yang belum follow lagi, sudi-sudikanlah klik follow kat sebelah tu..:))





8 comments:

Unknown said...

Bestnya!!!!Dan cantik sungguh tempat2 gini gayekan!

Cik-Anne said...

Helooo sis zie,

Best sangat kan sis, bila sesekali dapat menjenguk negara orang...Sis pun apa kurang nya banyak travel gak yer!! hihihi
Tq sis sudi jadi follower cik-anne...
Salam kenalan cik-anne hulurkan...

Asmara said...

hi cik anne, wah seronok melancong sana sini. enjoy sementara tengah berdua lagi. :D

Cik-Anne said...

Heloo Asmara,hihihihi...Bestlah tenguk pic uols trip ke korea...nanti leh la kongsi info yer..ingat nak kesane lak...:)

NoorNazuha said...

teringat citer letter to juliet lakonan AManda seyfred tu kan...berlatar belakang kan bandar Verona..dah lama nak g Italy, tapi x berkesempatan lagi la Anne..nnti ble la nak mintak tips dari anne yek

Ms. H said...

salam..

seronok baca travel note ni..ingat na pegi verona ni..bole tak bgtau kat mana tempat2 souvenir murah..lepastu makan senang x..thank you=)

Cik-Anne said...

zuha~ memang kat situ la kot diorang berlakon kan...bila agak2 nak pi Verona tu...leh cik-anne kirim FM lagik...hihihi..

tripleH~ souvenir kat Verona memang murah2...cuma nak makan tu..kena makan pizza margerita je la....yg lain2 tu cik-anne tak try makan lagik...bytheway, uols dok kat Germany kan...bestnye....

Ms. H said...

hoho thank you!=)