Hari ketiga adalah yang sangat ditunggu-tunggu, kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Mount Titlis salah satu puncak gunung popular yang terdapat di Banjaran Alps. Gunung Titlis setinggi 3,238 meter terletak di sempadan antara wilayah Obwalden dan Berne di Switzerland.Rendah sedikit dari Gunung Kinabalu. Untuk sampai ke puncak weols menaiki kereta kabel. Switzerland memang terkenal dengan teknologi kereta kabel.
Untuk tiba di puncak, wols perlu menaiki tiga kenderaan iaitu Gondola, Elavator dan kereta kabel berputar yang mengambil masa kira-kita satu jam untuk tiba di puncak tertinggi.
Mulanya weols menaiki gondola yang memuatkan enam orang dari stesen Engerlberg ke stesen Gerschnialp (1,262 m) dan bertukar kepada Elevator yang boleh memuatkan 70 orang ke stesen Trubsee (1,796 m).Seterusnya menaiki kereta kabel berputar untuk tiba si stesen Stand (2,428 m).
Berhadapan dengan pintu masuk ke stesen kereta kabel...
Sekitar kawasan Engelberg...
Dah mula nampak salji...
Tengok tu!!! Tak sabar nak sampai situ...
Trek berbasikal juga di sediakan disini...
Stesen kedua-Trubsee stand
Then, weols harus menganti kereta kabel dengan gondola yang mampu memuat hingga 70 orang. Masa lebih kurang 20 minit.
Stesen ketiga - Stand Titlis
Last kita bertukar ke Rotair gondola berputar.Kali ni kita akan naik ramai-ramai dgn yg lain.. takde tempat duduk.. sume berdiri je..Ada sesuatu yang menarik ketika berada dalam kereta kabel berputar yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang itu, iaitu papan kenyataan dalam Bahasa Melayu yang bertulis 'Anda sedang menaiki kereta kabel berputar pertama di dunia'.Hanya terdapat dua saja kereta kabel berputar seperti ini iaitu di Switzerland dan di Cape Town, Afrika Selatan. Kereta kabel berputar di Gunung Titlis ini di lancarkan pada tahun 1967 (Cik-anne belum lahir lagi time tu...hihihi) dan adalah yang pertama di dunia dan apabila ia berputar kita akan dapat melihat pemandangan dari semua sudut.
Gambar nie di ambil dalam kereta kabel.Terdapat pelbagai jenis bahasa lain dalam kereta kabel nie...
Cantik kan? macam lukisan!
Pemandangan yang memutih dari gondola
Akhirnya sampai di stesen terakhir, pada ketinggian 3020 meter.
Yahoo!!! Akhirnya jejak juga kaki nie di sini...
Sejuk!!!!
peace no war...
Menuju ke puncak....
Nak terbang ke mane tu Cik-Anne...
Jadi kanak-kanak riang sekejab...
Terlupa bawa sirap...kalau tak boleh buat ais kepal...
Ohhhh Tuhan indahnya ciptaamu...
Keindahan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata, menyebabkan semua orang tidak putus-putus mengambil gambar.Salah seorang kawan kami sempat berseloroh, "Nasib baiklah la ni kita pakat pakai kamera digital, boleh main tangkap saja..beribu-ribu gambar pun tak pa," katanya.
Selamat tinggal Gunung Titlis semoga Cik-Anne akan ke sini lagi Inshaallah...:)
Bahagian terakhir kereta kabel ialah di atas glasier.Di puncak Titlis, pelancong berpeluang memasuki gua glasier dan menerokai gua yang sangat sejuk sambil bergambar.
Studio Foto..
Restoran di puncak Titlis...
Banyak gak souvenir jual kat sini...
Singgah minum coffee dulu...
Sejuk-sejuk kalau dapat minum coffee panas sedap gak kan.Chill !
4 comments:
Mana aksi main ski nya Cik Anne...
Aksi main ski tu tak sesuai utk tatapan umum...hehehe...
tunjukkan jelah...best tu dpt main ski..
Salam, Cik Anne, nak tanya, naik ke sini, sendiri ke atau pakai tour..? kalau sendiri, nak tanya berapa harga tiket keta kabel, gondola, etc dari Engelberg sampai ke puncak?? tq
Post a Comment