Sebut sahaja Verona, Italy apakah yang bermain di fikiran uols? Sebenarnya yang menjadikan Verona terkenal seluruh dunia ialah Roman Arena. Dan di sini jugalah terkenal kerana terletaknya kediaman Juliet (kisah cinta Romeo and Juliet).Cik-anne berkesempatan ke sane! Jom kita layan....
Nie lah bandar Verona....
Basikal menjadi pengangkutan utama...
Bersesak sesak laluan nak ker rumah Juliet nie...Hati-hati gak manelah tahu ade penyelok saku yang kita tak sangka-sangka...
Roman Arena @ Arena de Verona
View kat dalam Arena
Di sinilah di zaman dahulu berlangsungnya pertandingan wrestling.Di samping pelbagai lagi aktiviti dan acara yang menarik ramai penduduk untuk datang ke Roman Arena nie.Arena ini boleh menampung seramai 25,000 orang dalam satu-satu masa.
Bandar Verona juga telah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana memiliki struktur bangunan bersejarah.
Di tengah-tengah bandar Verona...
Pinggan mangkuk dari seramik cantik-cantik, tapi tak beli pun, leceh nak bawa balik....
Fountain Madonna Verona...famous nie
Kebanyakan penjual orang Asia...
Murah murah souvenir kat sini...(dalam euro la)
Pintu masuk ke rumah Juliet...
Uols masih ingat kisah cinta Romeo and Juliet ? kisah cinta sepasang kekasih ini memang menjadi salah satu kisah cinta terindah yang berakhir tragis.Salah satu bukti tragisnya kisah cinta ini adalah Tembok Juliet atau Juliet's Wall yang terdapat di Kota Verona, Italy.
Bandar ini merupakan bandar ke-4 yang paling ramai di kunjungi pelancong merata rata tempat.Tapi cik-anne tak sempat nak ambik photo tembok tu, masa tu bersesak-sesak orang (*_*)....
Bandar ini merupakan bandar ke-4 yang paling ramai di kunjungi pelancong merata rata tempat.Tapi cik-anne tak sempat nak ambik photo tembok tu, masa tu bersesak-sesak orang (*_*)....
Balkoni rumah Juliet masih teguh berdiri dan masih di kunjungi oleh pelancong dari serata dunia hingga kini.
Cik-anne and hubby pun sempat gak pose berlatar belakangan balkoni rumah Juliet tu..hihihi
Uols ingat tak kisah Romeo and Juliet's!!!Dari apa yang cik-anne tahu dua kekasih muda yang tidak diizinkan keluarganya untuk mencapai impian cinta mereka.Kemudian, keduanya nekad melarikan diri.Akhirnya apa yang terjadi ekk???
Patung gangsa Juliet...
Mengikut kepercayaan orang Italy jika memegang dada kanan patung juliet tu,dia akan mendapat nasib baik dalam percintaan...(uols jangan percaya pulak)...hihihihihi
Ada jugak pasangan yang percaya, bila nama kekasih di tulis pada mangga dan di kuncikan pada mangga pada pagar, maka pasangan itu akan hidup bersama hingga hujung hayat.Macam kat Seoul Tower Locks di Gunung Namsan Korea tu..., kalau tak silap cik-anne puluhan ribu mangga telah di kunci pada pagar tu.(Rasa macam nak pergi sane lakk)...hihihihi
Kat sini ade gak kedai yang menjual souvenir.
Cheerio Verona ! See ya...
Sebelum meninggalkan Verona, sempat juga amik 2-3 shot berlatar-belakangkan kota indah Verona. Cik-anne berharap dapat datang lagi ke tempat yg menarik nie...
So jumpa lagi di entry akan datang ye...'Venice' kota atas air yang romantik di Italy.
Thanks for following my entries. To those yang belum follow lagi, sudi-sudikanlah klik follow kat sebelah tu..:))