Cik-anne Friend

Sunday, October 16, 2011

Part 2 - Piazza San Marco, Venice, Italy

Venice, sebuah bandar di Italy yang popular dengan industri pelancongan.Venice juga di kenali sebagai 'city of water', 'city of Bridges, 'The floating City dan City of Canals.Di Venice pengangkutan utama mereka adalah pengangkutan air.Boleh di katakan sungai di Venice ibarat lebuhraya dan jalan raya di Malaysia.

Gondola yang menjadi simbol Venice juga antara keistimewaan yang ada disini. Mujurlah weols berenam dan memenuhi kuota yang memerlukan ngam-ngam enam orang dalam satu gondola, so harga tiket tak berapa terasa mahal kerana di bahagikan enam orang...hihihihi

Rialto Bridge
Jambatan Rialto ( jambatan tertua di Venice) yang merentasi Grand Canal memang cantik, lebih-lebih lagi terdapat pasar seni berdekatan dengan nya. Memudahkan pelancong yang bersantai di situ untuk membeli belah sambil menikmati keindahan Grand Canal yang bersih. Ramai gak pelancong berhenti di jambatan untuk mengambil gambar, termasuklah geng-geng cik-anne..hihihihi

Venice bandar terapung atas air sering digambarkan sebagai lambang agungnya cinta.Ia adalah salah satu di antara bandar tercantik dan popular di dunia. Ia juga merupakan antara one of Europe's most romantic cities (by Times Online).


Gondola yang membawa weols turut menyusuri celah-celah bangunan yang airnya hanya di muka pintu.Wajah-wajah excited naik gondola...hahahaha


Menyusuri sekitar kota Venice yang mengambil masa satu jam.Pelancong-pelancong luar pun ramai...

Cik-anne pun tak lepaskan peluang bergambar kenangan menaiki gondola bersama Mr Hubby...


Bergambar beramai-ramai bersama pemandu gondola yang macho tu..hihihi
Venice memang terkenal dengan kekayaan seni binanya berupa bangunan-bangunan.


Jika ke tandas sediakanlah duit kecik, sebabnya nak bayar tu kena guna mesin, sebelum boleh lepas gate ke tandas.Nasib baik hari tu mamat tu ade, dia yang tolong tukarkan duit kecil...


Di Venice, roti yang di cicah bersama  minyak zaiton dan balsamic vinegar  memang makanan yang popular.Walaupun nampak ringkas tapi memang sedap rasanya. Jangan lupa try Pizza & macaroni bila berada di Italy. Memang terbaikkk !

Bacilica San Marco

Berjalan menuju ke Piazza San Marco atau bahasa inggerisnya di sebut St Mark's Square.

Dataran yang luas...

Di kelilingi keindahan bangunan artifak sejarah..


Suasana di Venice...crowded with tourist

Lepak-lepak sambil makan Pizza yang yummy...

Piazza San Marco...

Lukisan2 juga dijual utk pelancong2...


Hilangkan dahaga dulu...


River cruise ke Venice city


Antara Cruise2 yang berlabuh di sini...


Souvenir shops....


Banyak souvenir yang murah2 dijual kat sini...


On the way nak balik...weols sempat sambar 4-5 helai t-shirt utk kenang-kenangan...

Oklah...nampaknya sampai sini saja entry Tour de Italia...lepas nie Cik-anne akan buat entry pasal Innsbruck, Austria plak ok...

Thanks for following my entries. To those yang belum follow lagi, sudi-sudikanlah klik follow kat sebelah tu..:))




Saturday, October 1, 2011

Part 1 - Venice, Italy

Buon giorno,

Hari nie cik-anne nak sambung story Tour de Europe yang masih banyak lagi tergendala..Sorrylah pada yang tertunggu-tunggu entry Europe cik-anne yang tengelam timbul nie.Uols janganlah bosan pulak yer!!..Hihihihi
Oklah hari nie cik-anne nak story tentang kota Venice, Italy.

Jom follow story kat bawah nie...

Breakfast for tour group....(Gullivers Travel Associates)...
Simple and healthy breakfast...nyummy

Ok, after weols breakfast, bas pun bergerak menuju jeti untuk ke Venice.Jeti tu terletak lebih kurang 20 min dari hotel weols. Lokasi yang dituju ialah Jeti ke Piazza San Marco. 


Peace yo ! Nampak tak kapal besar tu...
Posing lagi sementara tunggu boat ready...
Perkhidmatan ferry ke kota Venice.
Senibina menarik di sepanjang perjalanan ke Venice 
Sebuah ferry disewa khas untuk Group weols...

Perjalanan menaiki ferry ke Kota Venice lebih kurang 20 min. Perjalanan di penuhi dengan aksi2 photoshoot atas ferry. Memang best ! Hihihi. 

Ok, jom kenali Kota Venice nie.Ia juga di kenali sebagai 'City of Water' atau the "La Dominate" , "Serenissima" , "Queen of the Adriatic" , "City of Water",
"City of Masks", "City of Briges", 'The Floating City", and City of Canals".

Kota Venice aka Venezia terletak di utara Italy terkenal dengan permandangan yang indah, architecture dan senibina arkiteknya. Ia juga merupakan salah satu Bandar Warisan Dunia Unesco (UNESCO World Heritage Site).

First time in Venice...' Buon giorno ' uols!  
Nice and clean...
Di sekitar Piazza San Marco
Bersama kawan-kawan yang ikut serta bersama cik-anne...
Menyusuri sungai...
Ia juga dikenali sebagai City of Mask..
Buah-buahan yang begitu fresh...
Sale..sale..sale..(=saldi dlm bahasa Italy)
Cik-anne sempat rembat leather slingbag warna merah...(sekarang nie cik-anne suka lak warna merah)...ngeh3
Mask2 yang artisitik...
Souvenir for sale...
Jom shopping utk rakan2 di Malaysia...FM pun banyakkk...
Pizza...
Popular juga dengan homemade Aiskrim...
Penat jalan-jalan singah beli aiskrim...
Nyummy...
Murah!! murah!! murah!!
Sambil jalan2, boleh makan buah2 yang dijual fresh...anggur, blackcurrant, plums...
$1.50 euro jer...
Souvenirs handmade..
Tenguk handbag tu, tergantung-gantung...rasa nak beli semua...original leather tu...
Dah puas melawat kedai2 souvenir, jom naik Gondola...$80(euro) jer 


Opsss...Mata pun dah layu, nanti cik-anne sambung lagi Venice Part 2...Tunggu sambungan nya .....Tata..titi..tutu