Cik-anne Friend

Thursday, January 5, 2012

Crystal Mosque in, Kuala Terengganu


Part 2 : Keindahan Masjid Kristal malam hari....

Mehlah cik-anne story sikit tentang sejarah Masjid Kristal nie...*;*

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan ManTerengganu.Jika dahulu Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih di kenali sebagai masjid terapung sering menjadi kunjungan ramai terutamanya pelancong luar ke Terengganu untuk beribadat dan menikmati keindahannya, tetapi kini sebuah lagi masjid iaitu Masjid Kristal pula menjadi tumpuan pelancong.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa.

Pada waktu malam, masjid ini begitu menarik kerana warnanya boleh bertukar kepada beberapa warna seperti merah, hijau, kuning, biru.Jomlah kita layan dulu beberapa keping gambar yang sempat cik-anne ambik..*_*

 Pandangan hadapan Masjid


 Pandangan sisi Masjid


Kredit untuk Mr Hubby yang ambik pic nie...


-Cik-anne-
Ceria selalu

4 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

owhhhh..... saya pernah datang masjid ni, tapi siang je.... Tak tahu pula malam-malam bertukar-tukar warna nya... Sungguh gah dan cantik :)

Cik-Anne said...

Hai masmz,

Cik-anne pun teruja gak masa tu..Pemandangan masjid kristal sangat cantik pada waktu malam..Next time mazMz pi waktu malam lakk..tak rugi nyee...hihihi

Wa said...

Cik Anne ,lawa la gambaar tu,Wa ni walau duk Trg, tapi belum sampai lagi situ..balikje mesti leoak pantaiBatu Buruk sambil makan sotong celup tepung..:)

Cik-Anne said...

ye ke Wa, hehehe...biasa la tuh...yg dekat2 x pegi...yg jauh2 weols pegi dulu...hihi