Cik-anne Friend

Friday, December 16, 2011

Jalan-jalan Kuala Terengganu pulokkk.....

Part 1 : "Pakat Gie Belake Tengganu"

Sebenarnya dah lame Cik-Anne plan ngan Mr hubby nak ke Terengganu.Cuma masa jer yang tak mengizinkan.Kali nie Cik-Anne tak pergi berdua tapi berlima.Cik-Anne bawa bersama abah, mak dan anak buah Cik-Anne.Kami gerak tengah malam.Perjalanan mengambil masa lebih kurang enam jam.Alhamdulilah selamat sampai, walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat sepanjang perjalanan.Kami sampai di Marang lebih kurang pukul 8.00 am.Kami isi dulu perut yang dah berbunyi-bunyi nie.Nampak pulak Warung Fahmi di sebelah kiri jalan.So sunggah dulu untuk breakfast. Ramai juga orang kat situ.

Breakfast di Rantau Abang

Warung Fahmi nie dekat sangat dengan Rantau Abang.Banyak gak pilihan antara nya nasi minyak,laksam,kuih muih dan yang paling menarik perhatian Cik-Anne nak cuba ialah nasi pulut nyior.Nasi pulut nyior adalah makanan sarapan pagi orang terengganu.Pulut ini di makan bersama ikan kering ataupun ikan panggang. Tengok orang sebelah makan sampai licin pinggan.Kalau korang yang belum pernah cuba tu, try lah...sedappp.

Gerbang : Taman Awam lagun Kuala Ibai
Dari Marang ke Kuala Ibai, lebih kurang setengah jam jer.Kami singgah dulu di  Taman Awam Lagun Kuala Ibai.Cik-Anne tengok ramai yang bawa family beriadah kat situ.Dari Taman Lagun tu, kita leh melihat keindahan Masjid Terapung.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung

Agaknya korang tahu tak ngapa di panggil Masjid Tengku Tengah Zaharah.Pada yang tak tahu Cik-Anne nak citer la serba sedikit.Masjid Terapung telah di namakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.Masjid ini di bina di atas air dan di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Hasil photoshoot mr hubby...cantik kan.

Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri.Bila duduk di sini rasa tenang jer, dengan angin bertiup sepoi-sepoi yang membuatkan mata kami semua rasa nak tidur jer.Almaklumlah perut dah kenyang mata pun mula lah mengantuk. So weols pun terus ke homestay untuk check-in & rehat2 dulu selepas penat travel semalaman.


Di sini kami menginap di Homestay Family Inn. Sila lihat gambar dibawah untuk lebih lanjut.
HOMESTAY FAMILY INN

998-A Jalan Sultan Mahmud,
Kg Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu.


Ciri-ciri lain homestay:

1. Percuma internet WIFI.

2. Kawasan parking kereta yang luas, dalam halaman sehingga 4 buah kereta dan halaman      luar hingga 3 buah kereta.
3. 7km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 1km ke Masjid Terapung.
4. Halaman hijau dengan tumbuhan herba dan buah-buahan untuk dinikmati.
5. Juga di sediakan dapur masak, peti ais, mesin basuh dan lain-lain.
6.Jangan risau tentang tempat makan, kerana ada restoran bersebelahan rumah.

Bilik atau sebuah rumah boleh disewa berasingan. Sila hubungi tuan tanah di bawah untuk tempahan awal dan pertanyaan: Haji Mohd Amin: +60173955066 atau +601294309
    Hajah Khatijah: +60129080048


Destinasi Pertama : Pasar Besar Kedai Payang


Hari pertama weols dah serbu Pasar Payang. Tak jauh dari homestay weols, lebih kurang 7 km jer. Memang dekat lah. So sedikit info untuk anda semua mengenai Pasar Payang nie.

Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Tingkat bawah : Menjual barangan basah & makanan.

Di tingkat bawah ni ada terdapat banyak gerai2 jualan seperti yang ada di Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Betul tak..mesti uols yang pernah ke sini pun perasan persamaan nie kan. Penjualnya pun ramai golongan wanita Terengganu. Antara jualan yang Cik-Anne nampak kat sini banyak kuah mueh tradisional dan keropok udang/ikan seperti ikan tamban, parang dll. Ada juga yang menjual asam jawa manis, sagun & semestinya telur penyu. Uols penah tak makan telur penyu...Cik-Anne tak berani nak cuba...hehehe. Boleh kasi pendapat uols kat komen di bawah mengenai telur penyu tu yer.

Tingkat atas : Heaven for Sutera, Songket & Batik.

Bila naik jer tingkat 1, memang dah nampak begitu banyak sekali penjual kain songket, sutera & batik Terengganu. Memang heavenlah untuk peminat sutera. Harganya dah tentunya murah dari harga di KL kan. Design yang terkini & memang menarik hati Cik-Anne untuk menyambar sepasang dua kain sutera nie. Jangan risau disini kad kredit pun diterima. Almaklumlah, rega sutera bukan nyer seratus ke dua ratus...memang berbaloi beli kat sini. 

Lepas puas cuci mata kat semua kedai2 sutera di Pasar Payang tu, Cik-Anne pun dah decide nak sambar kain sutera yang pink tu. (sila rujuk gambar atas..hehehe)

Oklah, cukup dulu untuk entry kali nie...tunggu sambungan Part 2 ok...Tungguuu !

-Cik-Anne-
Ceria Selalu

8 comments:

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

welkam #Ganukiter...
gi jenjalan mana lagik?
heheheh..

l.i.t.t.l.e g.i.r.l said...

Blog walking.. hihi.

Waaahh syioknye tgk blog akak. semua tempat dah g. Jealousnye! heeee.

Cik-Anne @ Arjuna said...

hi Leily, welkam2..tengs..hihihi...ada lagi sambungan entri nie...tunggu ek...


Little girl,

You are welkam..rajin2 la ziarah blog nie...hihihi...

Noor Sidek said...

TQ. jutaan terimakasih saya, kpd Cik Anne. Membantu saya mempromosikan rumah penginapan FAMILY INN K. Ibai, Kuala Terengganu. Family Inn ada lah rumah penginapan yang berdaftar di bawah Persatuan MBHA, sejak 2010. jemput mari rumah saya..
Tuan punya Family Inn.

Noor Sidek said...

Pengurus ada di Kuala Terengganu..Mohd Amin Abdul Aziz, contact no:017-73955066/012-9430998

Noor Sidek said...

Pembetulan 017-3955066

Cik-Anne said...

Noor Sidek,

Jangan lupa promote blog Cik-Anne pulak yer...hihihi

moon bulan said...

Assalamualaikum sis..sy ada menjual sutera crepe terengganu..berminat bole email ke tsukimoonbulan@gmail.com,,

atau sms/whatsapp ke 017-6052330.TQ