Cik-anne Friend

Wednesday, September 21, 2011

Lucerne-Lake Como, Italy

After breakfast, weols jalan-jalan sekitar Lucerne..Nasib baik Hotel yang weols duduk tu dekat jer dengan Chapel Brige...So weols pun cepat-cepat breakfast, takut tak sempat lak.....(^_^)

Croissant tu bukan cik-anne makan sorang tau!!!

Tempat utama yang mesti atau wajib di tuju jika melawat Lucerne ialah Chapel Bridge atau Kappelbrucke.Ianya landmark yang paling popular di sini iaitu sebuah jambatan kayu berbumbung yang tertua di Eropah yang melintasi sungai di tengah-tengah bandar.Chapel Bridge ini yang di bina pada tahun 1333, panjangnya lebih kurang 200 meter.Apa yang menarik jika berjalan merentasi jambatan ini ialah pada bumbungnya terdapat lukisan atau ukiran-ukiran yang mengambarkan sejarah bandar ini. 

Di hujung jambatan ini ialah sebuah Water Tower atau Wasserturm yang mengikut sejarahnya satu masa dahulu pernah dijadikan atau beropersi sebagai sebuah Lighthouse atau Lucerna, ianya juga asal -usul nama bandar ini diambil.

Jambatan kayu yang kaya dengan sejarah...

Apa yang menarik perhatian cik-anne ialah deretan bangunan sepanjang sungai...Menarik!!!!

Old Swiss Educe

Lion Monument di buat bagi memperingati askar swiss yang terbunuh ketika Revolusi Perancis.


Entah apalah yang si Jacky pot..pet..pot..pet tu....^_^

Next destination weols pulak ke Lake Como.Semasa dalam perjalanan tu cik-anne sempat lah ambik gambar gambar menarik sepanjang jalan.

Weols sampai Lake Como tengahari...cuaca cukup menyengat berbanding dengan Swiss...Memang benar kata kengkawan Italy nie panas....patutlah cik-anne tenguk ramai orang beratur beli  aiskrim, mungkin nak sejukan tekak kot...hihihihi


Kawasan sekitar Lake Como...

Lake Como terletak di sebelah Italy just right at hte border to Switzerland.Maybe nama Lake Como ni sudah terkenal di antara orang Malaysia sebab di sinilah juga tempatnya artis fofulerr Maya Karin melansungkan majlis perkahwinannya dengan bekas suaminya.....

Lake Como famous kerana banyak celebrities seperti Matthew Bellamy,Madonna,George Clooney,Gianni Versace,Sylvester Stallone and Ben Spies memiliki villa di situ. 

Pokok Lavender.....

Banyak bot-bot mewah kat sini...

Lake Como di bandar Como ni tidak kurang cantinya juga, dengan tasik yang tenang di kelilingi ganang menghijau.Kalau di musim winter gunung-ganang tersebut tentunya memutih di liputi salji dengan kecantikan yang berbeza.Weols cuma sempat menghabiskan masa sejam di sini berehat menikmati keindahan tasik dan pemandangan indah juga jalan-jalan di sekitar park bersebelahan tasik ni dan juga di bandar Como.

Public phone...


-Tunggu sambunganya-






6 comments:

Ayien Azreen said...

bestnyer dapat jalan2 dating2... update cepat tau sambungannye...

kemang~ said...

sy berangan nak pegi..tapi kiv dulu..stakat ni mampu pegi tempat murah2 je dulu...

hehe

Cik-Anne @ Arjuna said...

hai ayien,
entry terbaru dah baca ker?? hihihi

Cik-Anne @ Arjuna said...

Hai kenang
Awak nak kemana lak lepas nie...Bila nak ker Ho CHi Minh...

home made receipe said...

Salam..cik anne.. Sy nk g europe jun ni.. So kalau bole nk tnya sikit selok belok kt sana.. So bole bg fb cik anne ke apa?

Cik-Anne said...

Hi home made recipe,
sorry for late reply...u dah sampai Europe ke...trip ke mana tu..Paris-Ams-Brussel? leh la share story kat blog...btw...enjoy ur trip !