Cik-anne Friend

Monday, July 18, 2011

Bercanda di Taman Seribu Bunga....

Semalam jalan-jalan bersama Mr hubby di Taman Seribu Bunga.Taman nie terletak di Jalan Gapam bersebelahan dengan bangunan Seri Bendahara atau Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Jika uols dan famili merupakan penggemar landskap dan bunga-bungaan,pastikan untuk singgah ke Taman Seribu Bunga jika bercuti ke Melaka.

Jangan risau tentang harga tiket kerana ia sememangnya percuma.Uols boleh datang ke sini bersama keluarga dan boleh menjamu mata dengan suasana kehijauan landskap yang redup, tenang dan damai. Di sini juga tidak terkecuali dengan bunyi keriuhan kicauan burung-burung yang berterbangan sambil hinggap di pokok-pokok di dalam taman. Uols pastinya mahu merasai suasana ini bukan???

Sudah tentulah bunga-bungaan serta pokok-pokoknya. Yang menariknya, pokok yang terakhir iaitu yang ke 1000 ialah Pokok Melaka yang di tanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi selain pokok yang ke 999 ialah Pokok Gajah yang ditanam oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Dato' Mohd Ali Rustam. Jika uols tidak pernah melihat Pokok Melaka dan Pokok Gajah, datanglah ke Taman Seribu Bunga ini.

Apabila bercerita tentang Melaka, Cik-anne pasti uols akan secara automatik menggambarkan Istana Melaka, Bangunan Merah Stadthuys, Bukit St. Paul, A Famosa dan sebagainya di dalam fikiran uols. Sebenarnya, bukan itu saja yang ada di Melaka. Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang uols boleh pergi apabila bercuti ke Melaka. Diantaranya ialah Taman Seribu Bunga.



 Untuk pengetahuan uols, ianya dirasmikan pada tahun 2007 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Mungkin kurangnya promosi atau aktiviti di lakukan di sini yang menyebabkan keadaan sekitar sedikit suram ....

Landskap di taman nie memang menarik....







 Sempat lagi nak pose...














Sebenarnya di dalam taman ini bukan hanya ada pokok bunga sahaja, tetapi terdapat beberapa lokasi menarik terutama untuk mengambil gambar.Ada air pancut,menara tinjau,replika rumah tradisional melaka dan  banyak lagilah.


Jangan bimbang untuk ruang parkir. Lagi sekali ianya adalah percuma. Banyak ruang meletak kereta di sini dan jangan risau kerana uols tidak perlu pening kepala untuk mencari ruang kosong untuk kereta uols.



Enjoy!!!  (^_*)









4 comments:

sya said...

hihihi..cantik kak..org br nak g next week cdg nya..nk bw adik2..;)

Cik-Anne said...

bunga cantik2 kat sana...best gak bergambar...hihihi

Unknown said...

Free?ahad nie cadang baru nak pergi,biar betol

Wak Lat said...

dh 9 tahun ni maseh free kah?