Cik-anne Friend

Saturday, June 18, 2011

Botanical Garden Buggy Ride, Melaka

Pernah tak uols rasa nak bawa Buggy sendiri.Maksud Cik-anne pandu sendiri.Tekan brek sendiri.Hidupkan enjin sendiri.Masukkan kunci kereta sendiri.Pernah tak???? Kalau pernah boleh pergi main jauh-jauh yer!!!......heheheheehehe

Tapi pada yang tak pernah Cik-anne nak citer la sikit pengalaman yang sangat mengujakan apabila pandu Buggy nie.Semuanya uols boleh mengalaminya di Taman Botanikal Melaka yang dulunya di kenali juga dengan nama Hutan Rekreasi Ayer Keroh, berhadapan dengan Zoo Melaka.Jaraknya cuma 3km dari susur keluar tol Ayer Keroh.Taman Botanikal nie mempunyai keunikaan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi hutan semulajadi.

Botanical Garden Buggy Ride yang merupakan produk terbaru pelancongan Melaka yang menyediakan kemudahan rekreasi dengan menaiki Buggy sejauh 4 kilometer dengan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit saja.Sebanyak 34 jenis Buggy di sediakan iaitu 14 kereta dan 20 motosikal berkuasa elektrik.Jadi tak payah lah nak rebut-rebut.Bagi yang membawa family boleh lah pilih kereta yang mempunyai tempat duduk untuk empat, enam dan lapan orang.Manakala motosikal mempunyai satu dan dua tempat duduk.Semua kenderaan diimport dari China.Sangat praktikal dan mudah untuk di bawa.


Dulu di kenali dengan nama Hutan Rekreasi....

Stesen Buggy Ride..

Single Seater - Rm 10

Double Seater - Rm 18

4 Seater - Rm 35

6 Seater - Rm 45

8 Seater - Rm 55

Eletric Bicycle -Rm 10 
45 minutes

Cik-anna & Mr hubby nak try lah naik Buggy nie.Cik-anne ambik yang 4 Seater.Masa buat bayaran tu uols di kehendaki meninggalkan kad pengenalan & lesen memandu untuk penyewaan.

Cik-anne pilih Buggy warna Pink tapi dah ade orang booking pulok...yang ade buggy warna putih..kira oklah juga kan...tapi hati tetap sedihhh

bermula di sini....



laluan yang melengkang lengkuk...


Sempat lagi cik-anne....Peace no war...

satu dua tiga lekuk...
jantan betina aku ketuk...

Control ayu pulok minah nie...hihihihih


Berhenti di Stesen 2 Buggy sambil tinjau-tinjau keadaan sekeliling....

sempat lagi pose...dah la kat belakang tu punya lah banyak monyet-monyet sedang memerhatikan kan weols.ngeh3


Kalau sesiapa datang Melaka ni.. jangan lupa tau naik mende ni.. 
Memang dalam hutan tu takde pape pun sebenarnya... 
Pokok jeeee.. tapi buggy tu lawa kan?? comel je.. 
Kat tempat lain ada ke?? heheheheh..






7 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

melaka sekarang dah cantikkan?

Arjuna @ Cik-Anne said...

Baby ~ Betul tu...Melaka dah cantik tau!!! jom la pi melaka...hihihi

anne said...

byk btol perubahan kat melaka skrg, ya? ni yg buatkan i makin rindu dgn melaka, hehe...

baru terjumpa blog u, salam kenal btw...
:)

Arjuna @ Cik-Anne said...

anna~ Hai anne...kebetulan name kita nie same la yer...hihihihihi
mesti u dah lama tak mai melaka kan!!! jom la jalan2 melaka pulak..

salam perkenalan di hulurkan...hiihihihi

anne said...

itulah, nama yang serupa... tak sangka plak, hehe..

memang dah lama btol tak ke melaka, last pegi pun 4-5 tahun lepas, itu pun sebab attachment kat batu berendam. paling rindu asam pedas daging tetel, aduhaii... meleleh air liur i.. hihi

Arjuna @ Cik-Anne said...

anne~ Asam pedas kota laksamana yang paling mantopppp tau,,malamya try lak ikan bakar umbai....terliur sehhhhhhh

アヌム ちゃん said...

macam best je ni...huhu~