Cik-anne Friend

Friday, January 4, 2013

Part 6- Namsan Tower..

''Kunci cinta di Seoul"

Hari nie hari terakhir Weols di Seoul.Sebenarnya banyak lagi tempat yang belum sempat nak di terokai.Seminggu memang tak cukup sebenarnya.Tapi  bagi Cik-Anne, ini pun dah syukur alhamdulilah.Dapat juga menjejaki dan merasai keindahan bandar Seoul, menikmati makanan mereka yang pelik-pelik tapi sedap, budaya masyarakat mereka yang jauh berbeza dengan masyarakat kita di sini.Kalau nak tahu apa bezanya uols kenalah datang!!..

Nie lah bas yang bawa weols ke Namsam Tower..

Menyusuri bukit bukau, sejuk mata memandang..ada juga yang berjalan kaki..

Semua kenderaan termasuk bas berhenti di sini, ramai juga pelancong waktu nie.Weols pun tak lepaskan peluang bergambar di kawasan sekitar.

Rupa-rupanya nak ke sana, kita kena berjalan kaki, adohaii!!, jenuh nak daki bukit tu, mencungap-cungap juga lah Cik-anne.,tak daya den oiii..

Dah sampai atas ingat nak lepak la kat kerusi nie, tapi penuh pulak..

 Cik-Anne tak lepas kan peluang untuk berposing dengan bear yang sangat cute nie..


 Pintu masuk ke Namsan Tower..

Cermin kaca nie di jamin boleh menampung berat seseorang, so sape yang tak gayat tu, boleh la tinjau-tinjau pemandangan kat bawah tu.. 

Kena la masukan duit dulu, baru boleh melihat pemandangan sekitar Seoul..

Pemandangan sekitar Seoul...

Souvenir banyak kat sini..Boleh la beli satu dua untuk buat kenang-kenangan.. 


Cute kan mug nie.. 



Inilah cinta hati Cik-Anne..hik3

Kebanyakan pasangan kekasih ke sini untuk mengunci cinta mereka di 'Love Locks' iaitu dengan mengunci dua mangga yang tertera nama mereka bersama, sebelum kuncinya di buang..Kononnya di katakan dapat mengikat perasaan cinta dan sayang antara dua insan supaya berkekalan buat selama-lamanya.Itu pendapat sesetengah orang yang percaya , tapi bagi Cik-Anne tak percaya pun semua tu..huhuhu 


Dalam banyak-banyak padlock tu, Cik-anne paling terkezutt tenguk padlock gergasi yang Cik-Anne pegang tu.Siap ada gambar lagi.Sape kah mereka?? Artis ker?? 



Next ke Namdaemun market..





  -Cik-anne-
 ceria selalu





4 comments:

Unknown said...

Salam Cik Anne

Ciut bear tu...

huh...kena jalan mendaki...boleh terasa penatnyer menapak ....

Keme tak sempat ke sini...dah malam dan kepenatan masa tu mengukur Seoul tu...mungkin lain kali kalau ada kesempatan ke sini akan panjat jugak ler nampak gaya nyer,....

NoorNazuha said...

uhuuuu...x tau la bila nak jejak sana..tgh busy wat preparation nk travel gak ni cik anne..harap dipermudahkan..:)

syieda said...

cik anne,
laaaaaaaaaaaaa tu padlock ker?? kita ingatkan tu buku yg cikanne dok usung untuk baca. macam-macam pe'el la orang koya ni..

Cik-Anne said...

Aku Seorang Pengembara
Wsalam kak,semput gak kak bila dah sampai atas..pelan2 jln sampai juga akhirnya.Pasni akk kena la pi,..hihihi

noornazuha
Inshaallah satu hari nanti,pasti zuha pi sampai gak!! Btw travel kemana lak kali nie?? Besttttnya

syieda
Semalam birthday awak kan? selamat hari ulangtahun yg ke?? Cik-Anne doakan semoga syieda berjaya dlm apa jua bidang yg di ceburi, dan di murahkan rezeki supaya boleh travel lagi kan!!..Amin