Cik-anne Friend

Wednesday, January 2, 2013

Part 5 - Dongdaemun Market..

Kalau boleh nak habiskan entry Korea nie secepat yang mungkin.., cerita pun dah basi sebenarnya..hik3....Tapi hari nie tetiba jer datang semangat yang berkobar kobar untuk menghabiskan entry nie.Mungkin semangat tahun baru kot..Secara ringkasnya pengalaman bercuti di Korea sangat-sangat besttttt..Rasa macam nak pi lagi lah.Bila tenguk gambar leez  pi main snow kat pulau nami minggu sudah rasa teruja pulak nak pi lagi.Maybe next time la kot.Jeju Island pun best gak kan!! Kena penuh kan tabung dulu la.Hahaha 

Cik-Anne pendek kan jelah entry kat Dongdaemun Market nie yer.
Kalau nak dapat banyak info uols leh la singgah kat blog kawan-kawan blogger Cik-anne yang dah otai berbanding Cik-Anne nie.Uols singgah la blog mereka nie.Mungkin banyak info lagi.Cik-Anne selalunya berpandukan pada blog leez,budak2,fatt,syieda.Ramai lagi sebenarnya nak sebut.Tanya lah kat mane corok sekali pun mereka nie tahu.hihihi


Kali nie yang bawa weols nama nya Hafis.Kiranya nie first time weols jumpa dia.Maknanya tiga orang tour guide weols tempohari.Maklumlah mereka nie kan student.Tenguk la sape yang free, dia yang akan bawa weols.Dia orang semua nie baik-baik belaka.Kalau ada sape-sape yang berminat nak gunakan perkhidmatan mereka leh la klik travelkorea.

Colourful souvenir


Kedai emas pun ada...

Kalau nak beli cotton/ silk kat Dongdaemun Shopping Complex, pegi floor 2-5.Bertingkat tingkat la tempatnya.Menjajau jajau juga la weols hari tu.Nasib baik lah si Hafis nie ada.Mostly sell by yards.Kebanyakan kain yang ada semuanya bidang 60.Kalau nak buat baju kurung atau pun baju melayu dalam 4 yards.Untuk kemeja dalam 2 yards.Harga sebih kurang 5,000-6,000 won per yards.



Masuk-masuk je complex tu terus nampak kain cotton yang berwarna warni nie..


Design semua cantik-cantik..

Warna-warni..




Sape pernah singgah sini?? .Semestinya tempat yang menjadi tumpuan orang malaysia untuk membeli sutera.Cik-anne pun tak memang tangan nak pilih.Harga kat sini jangan risau, sangat la berpatutan..


Nak cari warna apa semuanya ada..duit je yang tak berapa nak ada kan..hihihi

Renda pun banyak...




Hujan lebat time nie, perut punya la lapar..Weols singgah kat kedai ikan bakar.Ghamai pulak orang dalam kedai tu, maklum lah hujan..Diaorang bakar ikan kat luar kedai tu je.Uols pilih je nak makan ikan apa..semuanya segar-segar..

Antara menu yang di sediakan...


Menu tenghari weols...

Sotong goreng sambal...sedappp



Beli kimchi untuk bawa balik...

Cik-anne suka sangat kuih nie.Kkultarae namanya.Ada 3 perisa coklat,almond dan peanut.Satu kotak 5000Won jer.Dalam tu ada 10 biji.Tapi Cik-Anne paling suka almond.Sedap tau!! sape-sape yang nak pi tu boleh la Cik-Anne nak kirim..




-Cik anne-

ceria selalu





12 comments:

zila@akulovetravel said...

Camner lah agaknya rasa kimchi kan?? saya tak pernah try..agaknya nak kena try kt korea kut..hehehe.

Cik anne dah refer blogger2 lain..pasni boleh la sy plak refer cik anne..hehe

Unknown said...

Salam Cik Anne

Memang giler mater nengok barang deme kan....

tak larat nak borong, penat tangan gendong kehulur hilior...

syieda said...

cik-anne,
saya ni baru jer la dlm bab travel-travel ni.. cik-anne la yg selalu saya refer.

suka pulak nengok bear pakai hanbok tu. cute jer mcm cik-anne. ha lagi satu, lepas ni jgn lupa tau blog pasal brunei..mcm teringin la nak pergi sana. kekkekek

Cik-Anne said...

zila
Mmmm..macam mane nak ckap ekk? masam2 sikit, maybe sebab dia perap kubis dengan cuka.Cik-Anne ade gak bawa balik hari tu.Kawan2 Cik-Anne suka mkn.Tak semua kimchi rasanya same, ikut pada orang yg membuatnya.kalau orang tu pakar kimchi dia leh tahu kimchi tu sedap or tak.Macam hari tu tour guide Cik-Anne yang bawa, so dia tahu kat mane nak cari kimchi yg sedap..


Aku seorang pengembara
Wsalam sis,memang betul tu..Saya tak lah memborong sangat.Kerongsang kat sane pun cantik2 kan..

syieda
Cik-Anne nie baru je setahun jagung.Pengalaman tak banyak mane pun.Nasib baik ada kawan2, leh la ceduk sikit pengalaman mereka kannn..Cute kan bear tu,kalau tenguk bear tu nanti,mesti shieda teringatkan Cik-Anne..hik3
Entry pasal brunai pasni kot menyusul, apa yg best ekk brunai?? huhuhu

Kak Mahh said...

Bestnya,kalau dapat shopping bawa balik Malaysia.

dekdaa said...

Saya pun tak pernah rasa Kimchi... sedehhh :P

Adoi, rasa nak menitik air liur tengok kain2 cotton tu.. me cotton's lover hu hu hu.

-iLLa- said...

cantiknya kain yg bintang2 tuh :)

Ren said...

Wah, masa saya ke Dongdaemon ni dulu, hujan lebat yakmats, siap duduk tepi2 bangunan tu tunggu hujan berenti.. Tapi best la shopping situ, boleh bargain walaupun still mahal kekeke.

Cik-Anne said...

Kak Mahh
Memang best kak,duit je tak der nak beli semua..hik3

dekdaa
Cuba lah!! selera org lain2 kan,ada kata sedap, bagi Cik-Anne oklah..Kain cotton kat sane cantik2 juga.Menyesal kalau tak beli..

illa
Cik-Anne dah balik, rasa nyesal pulak tak..arggg

Janggel
Time Cik-Anne pi tu hujan lebat..tapi weols redah je.Tak jumpa pulak kedai yg jual payung.Jadinya weols basah kuyup..Tapi best kan!! Cik-Anne tawar habis habisan..hihihi

Fatt said...

tengok makanan korea ni teringat2 plak kesedapannya...sy rasa sume mknan korea sedap sbb dia byk ulam2 bersambal tu..lazattt~

Cik-Anne said...

Fatt
betul tu..menu diaorg semuanya menyihatkan.tak de minyak pun, sebab tu la agaknya mereka tu slim jer..hik3

Aliaa Noor said...

salam cik anne,

nak tanya...amik pakej ngan hafiz ni kan makan semua dia sedia kan?maknanya kalo pergi makan masuk kedai dia yang bayarkan ke...ke dia bawak makanan utk kita..ke boleh pilih makanan apa yang kita nak..sbb nanti nak pergi amik pakej dengan dia..hope cik anne leh reply.. tq in advance :)