Cik-anne Friend

Tuesday, November 13, 2012

Part 3- Gwanghwamun Center, Hongik Universiti (street market)

Gwanghwamun Center

Gwanghwamun (광화문, 光化門, “Gwanghwa Gate”) adalah nama sebenar Pintu Selatan untuk masuk ke Gyeongbok Palace.  Ia dibina pada tahun 1395, tetapi telah musnah ketika perang dengan Japan pada tahun kurun ke 16 dan dibina semula dalam tahun 1864. Malangnya gerbang pintu itu musnah sekali lagi ketika perang Korea & dibina semula tahun 1968. Pada August 2010, gerbang selatan ini dibuka kepada orang ramai terutama pelancong untuk melihat keunikan Gyeongbok Palace.


Gwanghwa Gate
Gwanghwamun Square pula dibuka untuk pelancong untuk melihat keunikan tugu bersejarah seperti Tugu Admiral Yi Sun Shin and King Sejong the Great. Ia terletak berhadapan dengan Gwanghwa Gate. Menurut warga Seoul, Gwanghwamun Square nie femes dan sangat cantik dilihat pada waktu malam. Ada juga 'light & music shows' dan berhampiran dengan pusat seni.
View sekitar Gwanghwamun Square 

Tugu Sejong yang terletak kira-kira 100 meter jer dari pintu hadapan Gyeongbok Palace.


Menurut sejarah Seoul, Admiral Yi ( gambar tengah ) adalah wira mereka semasa berperang dengan Japan suatu ketika dahulu di zaman Dynasty Joseon pada kurun ke 16. Beliau juga terkenal kerana telah berjaya mencipta Geobukseon  (거북선, “Turtle Ship”), iaitu Kapal Perang berbentuk penyu yang telah berjaya membantu angkatan perang Korea semasa menentang musuh.

Ada juga protes secara senyap diadakan di sini..

Oklah...setelah puas amik gambar dan jenjalan kat area Gwanghwamun Square nie, Cik-anne & hubby pun terus ke destinasi seterusnya, Dolkemaeul Tofu House. Dah tengah hari, weols pun dah lapar, so jom terjah restoran nie. Cuba teka apa menu istimewa restoran nie...hehehe
Lunch kat Dolkemaeul Tofu House.Cik-anne nak cuba soft tofu.Yang pasti sangat sedap dan uols mesti cuba okes.

Menu utama weols sup tofu lah.

Hidangan di sini adalas seperti Kimchi, sayur goreng, salad, sup tofu & ikan bakar. Nasi juga ada tapi agak lembut2 sikit macam pulut.Cuba uos tengok warna nasi tu, warna kelabu macam nasi dagang pun ada.

Makanan korea 'Tapokki' kat mane-mane ade jual.Rasanya seperti kuih koci.Tapokki di buat dari tepung pulut, di masak bersama sos tapokki dan di tabur bijan di atasnya.Cik-anne tak leh nak telan la tapokki nie.Bila sampai kat tekak rasa semacam jer..hihihi

Kat sini banyak jual barang-barang kraftangan..

Nampak macam sedap je kan..Kat sini ramai yang makan tapokki sambil berdiri..Makan panas-panas..

Jalan-jalan jumpa lak Butik Missha.Produk Missha nie asalnya dari Korea tau.Cik-anne cari BB Cream kat sini.So promoter tu suggest 'Missha Singature Wrinkle Filler.Dia kata sangat popular dan bagus.Cik-anne tertarik dengan botol nya juga...hikhikhik.

Kat sini juga, ada riverside...tempat remaja2 Korea lepaks...nasib baik sungai kat sini bersih jer...Memang best, sebab cuaca yang agak sejuk...


Hongik University (street market)

Petang tu, cik-anne teruskan tour ke Street Market. Lebih kurang 15 min naik train dari Gwanghwamun Square . Street Market nie terletak di area Hongik University. Ia terkenal dengan keunikan kraftangan & hasil kerja pelajar2 mahupun artis seni. Di sini mereka berkumpul & menjual hasil seni diorang. Ia hanya dibuka pada Sabtu dari petang hinggalah ke malam. Kalau di KL, macam CM la...So kat bawah nie direction nak pergi ke Street Market nie.

* Schedule: Every Saturday (March-November), 13:00-18:00

* Venue: Hongik Children's Park

* Directions:




  • Exit 9, Hongik University Station (Subway Line 2).
  • Go 150m straight, and cross the street.
  • Turn left, and go 500m straight towards the Hongik University entrance.
  • Turn right to arrive at Hongik Children's Park.

    * Programs: Handicrafts exhibitions and sales, indie music/mimes/performances, art workshops, street portraits & caricatures
    * Homepage: www.freemarket.or.kr (Korean)


                                                 Penutup botol pun leh di buat keychain..


  • Hongdae-ap area nie femes untuk anak2 muda ynag sukakan kebebasan untuk berkarya and menghasilkan seni2 yang menarik. Uols juga boleh lepak2 & chillax di cafe2 dan fast food restoran yang begitu banyak kat sini. Nak shopping pun boleh juga sebab ada banyak gerai2 & ala2 uptown...hikhikhik


    So, kalau uols suka lepaks sambil cuci mata tengok bebudak Korea, leh la datang kat area nie yer...

    Sempat Cik-anne cari contact lens made in Korea.

    Masa nie Etude House tengah sale.So barang-barang ada yang less hingga 50%.Cik-anne dok beratur nak bayar kat dalam tu.Sesak dalam tu sebenarnya.Cik-anne cari mask jer. Mask dia best sangat. Kat sini harga nya lebih murah la banding dekat malaysia, pastu ada less lagi..so berbaloi-baloi la kalau beli..hik3

    Cap yang dah siap, di jual dengan harga yang berpatutan.

    Kasut2 yang di decorate sendiri...memang K-pop style.

    Ada juga poskad2 menarik dijual disini.

    Kreatif gak mereka nie..

    Barangan kulit pun mereka ada jual.Semuanya hand made.Tapi cik-anne rasa, harganya agak mahal sket.

    Balik dari Street Market weols jalan-jalan sekitar Guest house. Nampak pulak ada pasar kat area tu. So apa lagi weols jenguk-jenguk la apa-apa yang ada .Pasar apa entah nama dia, kat sini macam-macam ada jual, kebanyakkan barang dapur

    Stroberi kat sini sangat murah okezzz!!, Harga satu box tu dari 3000 Won hingga  6000 Won.Yang Cik-anne pegang tu kalau beli 5 box baru 10,000 Won lebih kurang Rm 28.00.So murah kan!!! Cik-anne kan suka makan stroberi so harus la memborong sekotak or dua kotak kan..Cik-anne leh habis kan sorang makan stroberi tu, Nape??? Uols tak caya ekk? Stroberi kat sini dah la besar-besar pastu manis pulakk...Rugi arr kalau tak beli tau.

    Beraneka jenis kuih muih ada kat sini.Kuih nie macam pernah tenguk je kan kat Malaysia.Yang tengah tu macam kuih tepung gomak je.Hikhikhik.

    Banyak nya kimchi Anjuma nie jual.Anjuma-anjuma yang meniaga kat area pasar nie semuanya baik dan peramah belaka.Kebanyakan meraka nie tak pandai bahasa Inggeris.Walaupun mereka nie tak paham, tapi mereka nie tetap memberikan layanan yang baik pada weols. 

    So hari pun dah malam. Kaki pun dah lenguh-lenguh, mata pun dah ngantuk, so weols balik ke guest house. 

    Esok kemana pulak yer !!!!!
    Sape yang pernah tenguk Drama Winter Sonata???. Mesti Uols dan hafal jalan ceritanya kan. Lebih-lebih lagi tenguk hero tampan Bae Yong Joon tu. Mesti uols dah boleh teka esok Cik-anne nak kemana kan !!!



    -Cik-anne-
    Ceria Selalu




    10 comments:

    Chibi Maruko said...

    wah tergoda tenguk gambar, kimchi tu boleh makan tanpa was was ke apa kalau kat korea sana.....

    zila@akulovetravel said...

    Cik anne..

    Sungai kecik tu bersih dan tepi2 tu jd tmpt orang lepak2..kalo kt Malaysia..sorry la kan nak mcm tu. Banyaknya tempat cover utk 1 day..

    Cik-Anne said...

    Chibi ~ kimchi leh makan sbb yang bawa pi pasar tu Student Mesia kat sana..so diorang dah tau tempat yang best utk beli Kimchi...

    Zila~ ekceli tu pun byk free time sbb tempat2 tu semua tak jauh...so senang nak cover...hehehe

    NoorNazuha said...

    Cantiklaaa gamba gamba cik anne..cik anne guna kamera apa ek?

    Cik-Anne said...

    Thanks Zuha, guna nikon je..Dslr...

    Ren said...

    Memang menarik keadaan di situ... dah le sejuk... nak berjemur sampai lebam pon takde hal.

    Kak Mahh said...

    Wah! Best juga kalau nak ke sini akak kena adjust masa bebetul ni...

    NEKCIK said...

    mmg banyak bebenor tempat yang kna jengok...sekarang tiket AA manyak mahal lho!!

    Cik-Anne said...

    janggel ~ kalu kat Mesia memang tak la...hihih

    Kak mah~ Bila nak terbang tuu...happy holiday...

    Nekcik ~uiks...skang ni kan ade sale...sila2...hihihi

    cik izars said...

    bestnya jalan-jalan!
    part stoberi paling teruja hehe :P