Venice, sebuah bandar di Italy yang popular dengan industri pelancongan.Venice juga di kenali sebagai 'city of water', 'city of Bridges, 'The floating City dan City of Canals.Di Venice pengangkutan utama mereka adalah pengangkutan air.Boleh di katakan sungai di Venice ibarat lebuhraya dan jalan raya di Malaysia.
Gondola yang menjadi simbol Venice juga antara keistimewaan yang ada disini. Mujurlah weols berenam dan memenuhi kuota yang memerlukan ngam-ngam enam orang dalam satu gondola, so harga tiket tak berapa terasa mahal kerana di bahagikan enam orang...hihihihi
Rialto Bridge
Jambatan Rialto ( jambatan tertua di Venice) yang merentasi Grand Canal memang cantik, lebih-lebih lagi terdapat pasar seni berdekatan dengan nya. Memudahkan pelancong yang bersantai di situ untuk membeli belah sambil menikmati keindahan Grand Canal yang bersih. Ramai gak pelancong berhenti di jambatan untuk mengambil gambar, termasuklah geng-geng cik-anne..hihihihi
Gondola yang membawa weols turut menyusuri celah-celah bangunan yang airnya hanya di muka pintu.Wajah-wajah excited naik gondola...hahahaha
Menyusuri sekitar kota Venice yang mengambil masa satu jam.Pelancong-pelancong luar pun ramai...
Cik-anne pun tak lepaskan peluang bergambar kenangan menaiki gondola bersama Mr Hubby...
Bergambar beramai-ramai bersama pemandu gondola yang macho tu..hihihi
Venice memang terkenal dengan kekayaan seni binanya berupa bangunan-bangunan.
Jika ke tandas sediakanlah duit kecik, sebabnya nak bayar tu kena guna mesin, sebelum boleh lepas gate ke tandas.Nasib baik hari tu mamat tu ade, dia yang tolong tukarkan duit kecil...
Di Venice, roti yang di cicah bersama minyak zaiton dan balsamic vinegar memang makanan yang popular.Walaupun nampak ringkas tapi memang sedap rasanya. Jangan lupa try Pizza & macaroni bila berada di Italy. Memang terbaikkk !
Bacilica San Marco
Berjalan menuju ke Piazza San Marco atau bahasa inggerisnya di sebut St Mark's Square.
Dataran yang luas...
Di kelilingi keindahan bangunan artifak sejarah..
Suasana di Venice...crowded with tourist
Lepak-lepak sambil makan Pizza yang yummy...
Piazza San Marco...
Lukisan2 juga dijual utk pelancong2...
Hilangkan dahaga dulu...
River cruise ke Venice city
Antara Cruise2 yang berlabuh di sini...
Souvenir shops....
Banyak souvenir yang murah2 dijual kat sini...
On the way nak balik...weols sempat sambar 4-5 helai t-shirt utk kenang-kenangan...
Oklah...nampaknya sampai sini saja entry Tour de Italia...lepas nie Cik-anne akan buat entry pasal Innsbruck, Austria plak ok...
Thanks for following my entries. To those yang belum follow lagi, sudi-sudikanlah klik follow kat sebelah tu..:))
No comments:
Post a Comment