Cik-anne Friend

Sunday, October 3, 2010

Frasers Hill

Ini adalah kali pertama weols jejakkan kaki di bukit fraser...Selama ini memang x pernah sampai pun.Selalu dengar orang bercerita sahaja...Perjalanan wels bermula dari kl ikut jalan kuala kubu baru menghala ke bentong.Perjalanan memakan masa 4 jam.Nak  naik kena tenguk masa,sejam untuk kenderaan turun,sejam untuk naik,sebab jalan sempit,leh muat 1+keta jer...side by side.
Bukit fraser hanya boleh di kunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit.Sebaik sahaja melepasi 'The Gap' uols akan merasakan seolah olah kembali ke zaman silam.Berada pada paras kira2 1,524 meter dari aras laut.Bukit fraser yang bangunannya bercirikan senibina Eropah dan cuaca sejuk dan nyaman.


Bagi mereka yang ingin memasuki Bukit Fraser, laluan jalan itu dibuka pada jam 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, 1 petang, 3 petang dan jam 5 petang dengan setiap perjalanan mengambil masa 40 minit.
Jadual perjalanan keluar dari pusat peranginan tanah tinggi itu bermula jam 8 pagi, diikuti jam 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang dan 6 petang dan masa perjalanan juga mengambil tempoh 40 minit.
selepas jam 7.30 malam, jalan itu akan dibuka untuk laluan kenderaan turun dan naik tanpa sebarang kawalan keselamatan.


 Paling penting kalau datang bukit fraser nie jangan lupa bergambar di jam ini.Jam nie adalah mercu tanda bukit fraser.Kalau tak bergambar di sini,seumpama pergi paris tapi tidak bergambar di eiffel tower..seumpama makan french fries takde sos cili...begitulah.....




Suasananya cukup nyaman dan x terlalu sejuk..suhu dalam 21-23 darjah celcius.Kira oklah untuk jalan2.Matahari ada tapi x terik sangat..sesuai untuk aktiviti luar.Weols pun jalan2 meninjau keadaan sekeliling ..Boleh tahan gak tempat nie...Ada Balai polis,pejabat pos,Klinik kesihatan...mesti ramai yang tinggal kat sini.Lagipun semua nie kena ade sebab bayangkanlah nak datang sini bukan senang...terpaksa merentas jalan y uols paham2 le macam mane.




Sebaik berada di pusat peranginan tanah tinggi nie uols akan di sajikan dengan permandangan menarik bunga bungaan segar pelbagai warna...




Bukit Fraser menyediakan tempat penginapan pelbagai jenis termasuk hotel, resort, banglo dan pangsapuri dengan kebanyakan senibina bangunannya bercirikan Eropah dan kadar sewa berpatutan.Kalau uols nak tahu sejarah Bukit Fraser mendapat namanya daripada seorang rakyat Scotland bernama Louis James Fraser yang dikatakan individu pertama menemui kawasan berkenaan.Info nie weols dapat melalui staf yang bekerja di sana.



Ermmm...dekat petang baru weols turun dari bukit fraser nie.sebenarnya banyak lagi pic2 menarik weols kat sane..x boleh nak tepek banyak2.hehehhe








No comments: