Cik-anne Friend

Monday, June 28, 2010

Gold Coast..

Australia Tour 2010
Aussie here we come....weols tiba di Gold Coast jam 0830 pagi (Waktu tempatan). Kalau di KL, jam baru 0630 pagi. So +2 hrs. Flight dari KL to GC mengambil masa 8 jam. Cuaca amat baik sekali.

Sepanjang flight tak banyak aktiviti dilakukan kecuali makan, tido & baca mags.


Isi arrival form kat dalam pesawat

View dari udara - Gold Coast

Matawang AUD

Gold Coast Airport - lebih kurang size LCCT jer...mungkin lagi kecik kot. Tak crowded sangat. Ada Air Asia, Virgin Blue & Jetstar jer...sesuai utk budget airport..hehehe.Suhu sekitar 16 deg C. Sejuk gak.

Menjejak kaki kat bumi Aussie - sejuk

Kat GC airport nie - coffe house

Lepas check out dari immagration, weols terus call agent Rent -a-car. Nak pickup kereta yg telah disewa oleh mr hubby. Tadaa...ni lah kendaraan rasmi weols kat sini...Hyundai Elantra...sewa AUD 230 for 3 days.Okla..not bad..kereta baru.
Keta rasmi weols kat GC


me with luggages -banyak kan..hehehe

Mr hubby terus masukkan all bags dalam kereta. Nak kuar kena bayar parking. AUD3. Mujur weols dah prepare duit kecik AUD.
Drive lebih kurang 15 min dari GC airport, sampailah weols kat sini.

Sigboard kat belakang tu - Currumbin Wild life


Currumbin Wild life Park ni telah dibuka sejak 1947 lagi. Dah lama dah rupanya...Dulu dikenali sebagai Currumbin Bird Sanctuary. Sejak 1995 di kenali sebagai Currumbin Wild life Park.
Our first destination is Currumbin Wildlife Park.
Entry : AUD40 per pax.
Open : 0800-1600 hrs.

So kat dalam park tu, macam kat zoo jugak...ada kanggaroo, burung, landak,tasmania, buaya, koala dll. Ramai gak tourist hari tu...Gambar2 di sekitar wildlife park :


Kangaroo yg jinak

Kanggaroo lagi - kat celah2 pokok tu lagi banyak

Buaya terlepas...besar tu...


Oklah...kita bersambung lagi.


Ceria selalu !
Cik-Anne




1 comment:

Jari Manis said...

baru nak baca entry ni coz after raya nak ke sini :-)