Cik-anne Friend

Monday, February 23, 2009

A'Famosa Animal World Safari..

  Pepagi lagi weols dah bertolak.Dari rumah lebih kurang 45 minit jer..Weols ingat weols lah yang paling awal sampai,rupanye dah berbas bas berbaris mencari parking.Nasib baiklah ade parking untuk weols.Tapi jauh gak lah menapak,lenguh gaklah kaki nie.Sampai2 je my hubby pi beratur nak beli tiket nak masuk Animal Safari.Kalau weols nak tahu Animal Safari nie sebelah jer ngan Water World.Perkara pertama yang penting /wajib/harus mestilah pose doluu.Klik..klik..klik.


nasib baik ada gak org yang baik hati tolong snap..(1..2..smile)

sebelum show start ...

sebenarnya cik-anne tak perasan pon ade org  kat belakang tu..yer yer jer nak shoot..


Tarikan lain yang ada di sana ialah pelbagai animal show dipersembahkan kepada para pengunjung. Bird show, animal show. Yang paling menarik adalah Cowbow show. Meletup-letup bunyi pistol dan senapang. Memang nampak real. Jalan ceritanyapun menarik. Best gak tenguk aksi para pelakon. Siap dengan lawak jenaka lagi.

siap bawak botol air lagi..air yang weols beli tak cukup..haus sangat2 dahlah panas terik..


Semua haiwan yang ada dilepas bebas. Inilah kali pertama cik-anne dapat melihat singa & harimau secara dekat. Betul-betul di depan mata. kalau nak disentuhpun boleh sampailah tangan. Tapi, sendiri mau ingatlah kan. Tak sayang tangan ke? Hehehe.....

tunggu turn naik bot pi pulau monyet..tak ade ape pun kat sane..

   Pengalaman berada di A'Famosa Animal Safari weols akhiri sekitar jam 5.00 petang. Seronok tak terhingga.Tak tahu lah bila lagi weols akan datang melawat binatang yang dah semakin tua tu.hehhehehe
 

No comments: