Cik-anne Friend

Sunday, December 30, 2012

Sebab Blog Tak Ber-update

Hai...

Kenapa lama tak Update Blog? huwaa... Itu lah ayat yang selalu Cik-Anne terima dalam email.Thanks yer kawan-kawan yang sudi bertanya khabar Cik-Anne.Cik-Anne sangat-sangat menghargainya.Pejam celik pejam celik dah hampir empat bulan Cik-anne berada di sini.Pada yang tak tahu Cik-anne baru je berpindah mengikut Hubby yang bekerja di Miri, Sarawak.Kami nie bercinta jarak jauh.Baru kini weols dapat bersama.

Alhamdulilah Cik-Anne dah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan orang di sini.Seronok gak dok sini.Apa yang seronok tu ekk?..Cik-anne dah jumpa kawan baru, sambil tu leh belajar cakap orang kat sini.Cuma kat sini kita tak dpt la nak shopping or makan sedap2.Cik-Anne kan orang Melaka, sudah tentu la nak masakan yang pedas-pedas.Orang sini tak suka makan pedas-pedas.Kat sini tak jumpa lagi Asam Pedas.Tapi kalau Pes laksa tu banyak.Nanti kalau ada kelapangan Cik-Anne akan ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan Miri, yang tak der kat tempat lain.

Panjang pulak mukadimah, so berbalik pada tajuk utama 'Sebab Blog Tak Ber-Update.Sebenarnya Line Broadband Maxis di area rumah Cik-Anne signal dia tak berapa kuat...slow yang amat2, tapi line 3G laju.Dah la streamyx tak boleh nak pasang sebab port penuh and kabel tak cukup.Itu kata technician TM la.So terpaksa tunggu coverage UNIFI sampai kat area umah nie jer lah.Harap-harap tahun depan la...huhuhu

Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tak sempat, bila siap tulis entry,tekan publish terus error connections, tak pun kotak entry jadi ashik Loading manjang tak boleh nak tulis.Kadang2 apa yang di tulis, tak sempat nak save hilang begitu jer.Sape yang tak stress kan?? Banyak cerita dah basi dah.

Itu yang kadang2 terbantut nak tulis  gara-gara line tak ok.Nak tunggu tenet tu macam biasa punya la lama.Tapi nak buat macam mana waktu ini memang sangat menyeksakan jiwa dan raga....sangat sedih tau...huwaaaa

So di harap kawan-kawan di luar sana yang masih lagi menunggu entry terbaru dari Cik-Anne di harap bersabar ye.Terima kasih buat sesiapa sahaja yang sudi jengah, baca, komen dan ikuti blog yang tak seberapa ni...mohon maaf jika ada entry Cik-anne yang menyakiti kalian.

Tentunya yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari saya jua.




-Cik-anne-
Ceria Selalu






6 comments:

Kak Mahh said...

Semoga seronok di lokasi telaga minyak itu...

Cik-Anne @ Arjuna said...

Kak Mahh

Hai kak Mah.,
Inshaallah...

Janggel / Rain said...

Selamat tahun baru 2013 cik anne!

Cik-Anne @ Arjuna said...

Janggel
Happy New Year 2013..Good Luck For 2013 okes..

AzLiN SaFeNa AzIhAR said...

hi...salam perkenalan dan selamat tahun baru... menarik dan cantik blog u ni.. feel free visit my blog dan follow.. www.azlinsafena.com tq

seronok baca all about ur vacation

Cik-Anne @ Arjuna said...

Hi Azlin
Salam perkenalan dari saya juga.Happy New Year.Tahun baru semangat mestilah kena baru kan..i follow

Anyway tq sudi singgah blog saya yg tak seberapa nie..