Cik-anne Friend

Thursday, January 12, 2012

Terengganu State Museum

Part 3 : Melawat Muzium Negeri Terengganu (yang di katakan terbesar di Asia)

Muzium nie terletak berhampiran dengan perkampungan Keropok Losong dan Taman Tamadun Islam. Tak jauh dari situ terletak Pulau Wan Man.

Pintu masuk Muzium...
Sedikit info :
Muzium Negeri Terengganu telah di rasmikan oleh Al-Marhum ke bawah Duli Yang Maha Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996.Rekabentuk bangunan muzium ini di ambil dari rumah tradisional Terengganu yang di kenali sebagai "Rumah Tele" (rumah tiang enam belas).Kawasan muzium ini merupakan sebuah kompleks yang menepatkan Muzium Utama, Muzium Maritim, Rumah2 Tradisional dan Istana2 serta Taman Herba.

Bangunan muzium utama mempunyai 9 galeri iaitu Galeri Tekstil, Galeri Kraf, Galeri Sejarah, Galeri Diraja, Galeri Islam, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian, Galeri Sementara dan Galeri Menteri Besar.

Manakala Muzium Maritim pula mempunyai 2 buah iaitu Galeri Perikanan dan Galeri Pelayaran.


bergambar diluar sahaja..kat dalam tak boleh bawa kamera tau

Harga tiket :
Dewasa : Rm 5.00
Kanak-kanak 7-15 tahun : Rm 2.00
Kanak-kanak bawah 7 tahun : Percuma
Pelajar beruniform : Rm 1.00
(belakang tiket tu leh buat poskad tau!!)

Waktu lawatan:
 Sabtu - Khamis
9.00 am - 5.00 pm
Jumaat
9.00 am - 12.00 noon /3.00pm - 5.00pm
Kelepasan Am
9.00 am - 5.00 pm

Muzium kereta antik..

Dah puas melawat muzium tu, weols pun terasa lapar. Al maklumlah dah pukul 1130 pagi.  Weols pun singgah kat kedai Keropok Lekor Losong 2K 2L nie.





Lokasi kedai nie, betul2 berhadapan dengan pintu keluar Muzium Terengganu nie. Senang nak cari. Servis pun not bad tau. Siap ada promosi lagi. Cuba dulu baru bayar. 


Kat belakang tu, makcik2 tengah menguli tepung untuk buat keropok lekor. Kemudian, terus direbus di periuk yang besar tu. Nampak tak tu ...selepas direbus barulah di goreng oleh Adik berbaju biru tu.

Ni lah keropok yg telah direbus & boleh dimakan selalu.



Ready untuk digoreng...

Pakcik ni dari tadi dok tersenyum sambil menggoreng keropok lekor

Pakcik nie sangat baik hati, kalau uols makan kat situ dia ade sediakan air teh o panas percuma.Uols hanya bayar keropok lekor tu jer.Satu lagi yang best kalau first time datang warung tu dia akan bagi free makan keropok lekor. Hari tu weols makan untuk 5 orang, baru bayar RM 3 (tiga ringgit jer) padahal weols order berpinggan-pinggan.


Keropok lekor goreng harganya Rm 1=4 batang


Keropok lekor rebus harganya: 
Besar Rm1 = 1 batang, Sederhana Rm1= 2 batang, Kecil Rm1= 5 batang.

Tunggu sambungannya lagi...

-Cik-anne-
Ceria selalu

3 comments:

dalila said...

lama x jalan terengganu....

Azizan Zolkipli said...

Arghhhh, fobia dengan Muzium Terengganu ! Kat sinilah saya keciciran beg, yang dalam tu ada lensa kamera, flash & yang paling penting passport antarabangsa !

Cik-Anne said...

Dalila~ cik-anne pun lame juga tak ke sane..dapat pulak makan keropok lekor losong...sedappp...hihihi


Azizan~wahduhhhh!!! nape cuai sangat beb...u tak pi balik ker, mane lah tahu staf muzium tu simpan..