Cik-anne Friend

Wednesday, January 18, 2012

Taman Tamadun Islam

Dari Muzium weols terus ke Taman Tamadun Islam (TTI).Taman Tamadun Islam adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina islam dari pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah.Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.Monumen2 masjid tu memang rasa seronok tenguk...

 Dari Muzium Terengganu hanya 1.2 kilometer jer..


 Pintu gerbang ke Taman Tamadun Islam...


Pintu masuk Taman Monumen...agak ramai pelancong time tu, maklumlah cuti sekolah..

Harga tiket
Dewasa - Rm 15.00
(13 tahun- 59 tahun)
+ Beserta pasport dan baucer makan bernilai Rm 3.00

Kanak-kanak- Rm 8.00
(7 tahun - 12 tahun)
+ Beserta pasport
percuma untuk kanak2 berumur 6 tahun ke bawah

Warga Emas - Rm 8.00
(60 tahun keatas)
+ Beserta pasport

Selepas uols bayar tiket masuk, Uols akan dapat pasport, Valid selama 1 tahun.Uols nak tahu apa keistimewaan dia selagi pasport itu masih belum tamat tempoh.Uols boleh gunakan pasport itu untuk masuk lagi untuk kali kedua.Bayaran tiket masih sama Rm15.00 cuma uols akan dapat naik tramp dengan percuma.Jika kali ketiga masuk dapat naik tram dan naik kiddy rides  dengan percuma.Masa nak masuk tu staf yang bertugas akan meminta pasport untuk di cop tarikh uols masuk.Bila nak keluar pun pasport akan di cop.

Sebab apa diaorang sediakan perkhidmatan tram nie?? Sape boleh teka!!!
Sebabnya kalau uols jalan kaki, keluasan tempat ini lebih kurang 800 meter.So sesape yang tak larat tu cepat-cepat la sewa tram, buggy atau pun basikal sebelum uols melepak kat tengah-tengah jalan.hihihi.Macam cik-anne hari tu bawa mak ngan abah, manelah diaorang larat nak jalan kaki..bergoyang lutut beb...ngeeee

Kemudahan yang di sediakan


 Tram - Dewasa / Kanak2 = Rm 3.00
               Kanak2 kurang 7 thn percuma

 Basikal = Rm 5.00

 Buggy - 3 penumpang = Rm 35.00 (1 jam)
             5 penumpang = Rm 45.00 (1 jam)
             7 penumpang = Rm 45.00 (1 jam)
            10 penumpang = Rm 70.00 (1 jam)

Taman Monumen TTI memaparkan 22 buah monumen Islam yang hebat di antaranya :

Kalyan Minaret, Uzbekistan
Menara ini telah di bina pada tahun 1127 M oleh Arslan-Khan.Menara ini di perbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.Selain dijadikan tempat pak bilal melaungkan azan..ia juga dijadikan untuk menghukum orang-orang yang melakukan jenayah berat.Caranya pesalah dibawa ke puncak menara dan di tolak jatuh...huhuhu..seram!!!

Great Mosque of Agadez, Niger
Masjid yang di perbuat daripada tanah yang di keringkan  di bina pada abad ke 16 pada zaman kegemilagan Agadez.Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu bertujuan untuk dijadikan sebagai pemijak sekiranya memerlukan kerja-kerja menampal tanah liat yang gugur atau tertanggal.Rasionalnya, di nigeria jarang hujan..jadi masjid dari tanah liat nie sebenarnya meredupkan suasana dan menyejukkan suhu..nampak ringkas tapi cantik dan unikkan?

Sultan Mosque, Singapore
Terletak di kawasan kampung Glam, Singapura.Merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu.Terkenal dengan kubah emas yang terletak diatas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.

Taj Mahal, Agra, India
Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya.Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.Tahukan uols 4 menara di sekeliling Taj Mahal itu dibina bukan saja-saja, ia sebagai lambang 4 janji Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz.Agongnya cinta mereka kan...

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan.Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

Great Mosque of Samarra, Iraq
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9.Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.Uniknya, pak bilal akan menaiki kuda untuk naik ke puncak dan melaungkan azan.

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja.Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Abu Nasr Parsa, Afghanistan
Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid.Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya.Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunai Darussalam
Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958.Ia direka oleh seorang arkitek Itali.Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, Iaitu Kaabah bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij".Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.

Aleppo Citadel, Syria
Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.

Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya.Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya ianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan keda paling suci bagi umat islam.Masjid ini dibina diatas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.

Suleyman Mosque,Turkey
Masjid ini dibina pada tahun 1557 M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman.Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjaradan tempat pemyimpanan senjata.

Great Mosque of Qairawan, Tunisia
Dibina pada 670 M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia.Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.

Kul Sharif Mosque,Kazan, Russia
Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula measjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union.Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.

Kudus Minar, Central Java, Indonesia
Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq).Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa.Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu.Diperbuat dari batu-batu yang dikutib dari gunung berapi.

Sebenarnya ada lagi beberapa gambar cik-anne tak sempat nak ambik.Seperti National Mosque, Malaysia, Pattani Central Mosque, Thailand, Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan, The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain dan Xian Mosque, China.


~ So Taman Tamadun Islam ini pun salah satu tempat yang wajib uols pergi kalau singgah Terengganu...



-Cik-anne-
Ceria Selalu





9 comments:

mytravellicious said...

cool jugak ekkk.... study hampir setaun kat terengganu...mmg malas rasenye nak gi situuu...

ameris said...

2 tahun saya dok terengganu x penah pun gi sana.

bila dok KL baru rasa tergedik2 nak gi TTI.

Cik-Anne said...

Fadli, best gak gi situ...for architecture *& design...

Ameris,hahaha...xpe...nnt cuti2 Tganu leh le singgah sana...hihi

cik izars said...

tringin jugak nak ke trganu..
makan kopok lekor..
belom prnh smp huhu..

Cik-Anne said...

Cik izars, memey sedak makang kepok tengganu...rasa ikannya...jom cuti2! hihihi

maso.tee said...

Interesting jugak, kalau dari Kuala Terengganu ke TTI jauh x?

finizaini said...

aiseh...bila i nk pi trganu nih...hihihi

Unknown said...

Pernah visit Terengganu tp x berkesempatan singgah di TTI...after see your pictures sangat teruja dengan Islamic Architecture and designed.

Cik-Anne said...

maso tee, tak jauh...lebih kurang 15 min jer...

Fini, pegi masa cuti sekolah best...bk xtvt & promosi...hehehe

Miss tina, rugi tak singgah tau...tp leh tgk kat blog Cik-anne kan..hihi