Cik-anne Friend

Tuesday, November 9, 2010

Buah Hawa @ Buah Zuriat

    Actually minggu lepas kakak cik-anne yang sulung baru balik dari menunaikan Haji.Dia sempat belikan Buah Hawa nie.Terima kasih yer kak...Sebenarnya buah hawa nie dikenali sebagai buah adam/buah zuriatti/buah koka.Semuanya sama.Dikatakan buah zuriat nie amat berkhasiat.Bila di rebus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh2 badan dengan izin Allah.Apapun jua kenalah berkeyakinan, segala  yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita.
    Seperti yg sedia maklum.. untuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. Ha.. yang tu cik-anne tak mampu nak asingkan antara isirung berwarna putih dengan tempurung tu. Hari tu cik -anne minta tolong ayahda.

 Buahnya sebesar buah ciku...

 Dalam macam sabut kelapa...

Kalau nak pecahkan memang kena kudrat orang lelaki...

Isi dia memang keras....

Gambar atas ni la.. hasil usaha tu.. cik-anne terus rebus.. kata sumber yg cik -anne rujuk tu.. kena rebus setiap hari sambil di tambah air.. cik-anne rebus lebih kurang setengah 
jam.. buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot.









1 comment:

Cik-Anne said...

bulan lepas cik-anne ade bagi beberapa biji buah hawa pada kawan cik-anne yang masih belum punyai zuriat.kemarin dia call beritahu dia dah mengandung...Alhamdulilah...