Cik-anne Friend

Friday, December 16, 2011

Jalan-jalan Kuala Terengganu pulokkk.....

Part 1 : "Pakat Gie Belake Tengganu"

Sebenarnya dah lame Cik-Anne plan ngan Mr hubby nak ke Terengganu.Cuma masa jer yang tak mengizinkan.Kali nie Cik-Anne tak pergi berdua tapi berlima.Cik-Anne bawa bersama abah, mak dan anak buah Cik-Anne.Kami gerak tengah malam.Perjalanan mengambil masa lebih kurang enam jam.Alhamdulilah selamat sampai, walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat sepanjang perjalanan.Kami sampai di Marang lebih kurang pukul 8.00 am.Kami isi dulu perut yang dah berbunyi-bunyi nie.Nampak pulak Warung Fahmi di sebelah kiri jalan.So sunggah dulu untuk breakfast. Ramai juga orang kat situ.

Breakfast di Rantau Abang

Warung Fahmi nie dekat sangat dengan Rantau Abang.Banyak gak pilihan antara nya nasi minyak,laksam,kuih muih dan yang paling menarik perhatian Cik-Anne nak cuba ialah nasi pulut nyior.Nasi pulut nyior adalah makanan sarapan pagi orang terengganu.Pulut ini di makan bersama ikan kering ataupun ikan panggang. Tengok orang sebelah makan sampai licin pinggan.Kalau korang yang belum pernah cuba tu, try lah...sedappp.

Gerbang : Taman Awam lagun Kuala Ibai
Dari Marang ke Kuala Ibai, lebih kurang setengah jam jer.Kami singgah dulu di  Taman Awam Lagun Kuala Ibai.Cik-Anne tengok ramai yang bawa family beriadah kat situ.Dari Taman Lagun tu, kita leh melihat keindahan Masjid Terapung.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung

Agaknya korang tahu tak ngapa di panggil Masjid Tengku Tengah Zaharah.Pada yang tak tahu Cik-Anne nak citer la serba sedikit.Masjid Terapung telah di namakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.Masjid ini di bina di atas air dan di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Hasil photoshoot mr hubby...cantik kan.

Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri.Bila duduk di sini rasa tenang jer, dengan angin bertiup sepoi-sepoi yang membuatkan mata kami semua rasa nak tidur jer.Almaklumlah perut dah kenyang mata pun mula lah mengantuk. So weols pun terus ke homestay untuk check-in & rehat2 dulu selepas penat travel semalaman.


Di sini kami menginap di Homestay Family Inn. Sila lihat gambar dibawah untuk lebih lanjut.
HOMESTAY FAMILY INN

998-A Jalan Sultan Mahmud,
Kg Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu.


Ciri-ciri lain homestay:

1. Percuma internet WIFI.

2. Kawasan parking kereta yang luas, dalam halaman sehingga 4 buah kereta dan halaman      luar hingga 3 buah kereta.
3. 7km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 1km ke Masjid Terapung.
4. Halaman hijau dengan tumbuhan herba dan buah-buahan untuk dinikmati.
5. Juga di sediakan dapur masak, peti ais, mesin basuh dan lain-lain.
6.Jangan risau tentang tempat makan, kerana ada restoran bersebelahan rumah.

Bilik atau sebuah rumah boleh disewa berasingan. Sila hubungi tuan tanah di bawah untuk tempahan awal dan pertanyaan: Haji Mohd Amin: +60173955066 atau +601294309
    Hajah Khatijah: +60129080048


Destinasi Pertama : Pasar Besar Kedai Payang


Hari pertama weols dah serbu Pasar Payang. Tak jauh dari homestay weols, lebih kurang 7 km jer. Memang dekat lah. So sedikit info untuk anda semua mengenai Pasar Payang nie.

Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Tingkat bawah : Menjual barangan basah & makanan.

Di tingkat bawah ni ada terdapat banyak gerai2 jualan seperti yang ada di Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Betul tak..mesti uols yang pernah ke sini pun perasan persamaan nie kan. Penjualnya pun ramai golongan wanita Terengganu. Antara jualan yang Cik-Anne nampak kat sini banyak kuah mueh tradisional dan keropok udang/ikan seperti ikan tamban, parang dll. Ada juga yang menjual asam jawa manis, sagun & semestinya telur penyu. Uols penah tak makan telur penyu...Cik-Anne tak berani nak cuba...hehehe. Boleh kasi pendapat uols kat komen di bawah mengenai telur penyu tu yer.

Tingkat atas : Heaven for Sutera, Songket & Batik.

Bila naik jer tingkat 1, memang dah nampak begitu banyak sekali penjual kain songket, sutera & batik Terengganu. Memang heavenlah untuk peminat sutera. Harganya dah tentunya murah dari harga di KL kan. Design yang terkini & memang menarik hati Cik-Anne untuk menyambar sepasang dua kain sutera nie. Jangan risau disini kad kredit pun diterima. Almaklumlah, rega sutera bukan nyer seratus ke dua ratus...memang berbaloi beli kat sini. 

Lepas puas cuci mata kat semua kedai2 sutera di Pasar Payang tu, Cik-Anne pun dah decide nak sambar kain sutera yang pink tu. (sila rujuk gambar atas..hehehe)

Oklah, cukup dulu untuk entry kali nie...tunggu sambungan Part 2 ok...Tungguuu !

-Cik-Anne-
Ceria Selalu

Tuesday, December 13, 2011

Cuti-cuti Malaysia!!!!

Haloo U All !!

Cik-anne baru jer balik bercuti.Korang boleh teka tak di mana lokasi sebenar gambar kat bawah nie...Sape yang teka dengan betul Cik-anne ade hadiah nak bagi..*;*


Thursday, November 24, 2011

Rhine River Cruise,St Goar, Germany

"Guten Tag"(Hello) uols...Okay entri kali nie cik-Anne berada St Goar,Germany. Jarak antara Frankfurt ke St Goar lebih kurang 62km northeast Frankfurt. So dari Frankfurt perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam jer...
Sepanjang perjalanan, pemandangan hijau di kiri kanan di liputiladang2 anggur & kebun buah peach memang membuat cik-Anne teruja. Rasanya  kan best kalau permandangan tu ada kat Malaysia...hihihi...

St Goar juga famous kerana terletaknya Rhine Gorge yang merupakan UNESCO World Heritage Site. Burg Rheinfels adalah istana yang terkenal di Middel Rhine termasuk Katz & Maus Castles. Ia juga terkenal dengan ladang anggur yang segar dan penghasilan Wine terbaik.

Okaylah...setibanya rombongan cik-Anne di St Goar, kelihatan Rhine River yang terbentang luas di sepanjang lembah Rhine nie.

Just arrive St Goar


Rhine River merupakan jalan air utama di Germany ke France


Lihatlah castle yg masih wujud sejak zaman dulu kala...


small town of St Goar, click2 dulu...hihihi


sementara nak tunggu bot weols sampai , sempat la cuci-cuci mata dulu...


Souvernir kat sini leh tahan harganya...


sempat jugak cik-anne cuci mata tengok souvenir yg comel2 nie.


Patung nie antara souvenir yang famous dari St Goar


Cuckoo clock juga famous kat sini


Hotel Silberne Rose


Lovely couple..i loike...hihi

Tiket dah beli, Cik-anne tengah tunggu boat for river cruise


Di sini Koln-Dusseldorfer, weols boarding our river cruise


River cruise yang lebih kurang 1 jam perjalanan sepanjang Rhine river.


Okay..skang Cik-anne wanna eat some Apple strudel...nyum2 sambil meluncuri Rhine River


penjaga gate kat jeti Herzich


Romantiknye Cik-anne rasa...:) 


Cute tak anak mat saleh nie...diorang  nie from Denmark


Sempat jugak Cik-anne berposing dgn anak angkat nie...hihi


One happy family...Malaysia & Denmark


Kat belakang tu la cruise yg weols naik tadi..

Oklah Cik-anne nak gerak ke hotel untuk rehatkan badan setelah puas city tour Frankfurt dan Rhine river cruise...memang enjoy...permandangan yang menarik sepanjang cruise.

-Cik-Anne-
Ceria Selalu


Saturday, November 12, 2011

Frankfurt, Germany

Innsbruck-Suttgart-Frankfurt-Cologne

Perjalanan selama lebih kurang 7 jam menaiki bas dari Innsbruck, Austria ke Germany memang memenatkan Cik-anne...tapi apabila tiba di Germany especially Frankfurt memang mengujakan...hihihi...Tak sabar Cik-anne nak tour sambil shopping...ada summer sale !!!
(^_ ^) Yeay !!!

Weols sampai kat Hotel Berlin nie lebih kurang 8.00 mlm waktu Stuttgart. Memang dah penat, so weols terus jer check in and rehatkan diri untuk tour esok hari di sekitar Frankfurt.

So pepagi lagi dah bangun...having our Germany breakfast in the hotel..

Guten Morgen uols ! (good morning from Cik-anne di Stuttgart)

My breakfast meals...ala2 mat saleh...hihihi

Jasmine tea for me and Manggo juice for my hubby...


Okay..now me dah sampai Frankfurt...kat belakang tu la bas weols.

Before weols start shopping hehehe, cik-anne pose dulu k....

pose lagi...hihihihi

Kalu uols nak sightseeing around Frankfurt, boleh la naik bus merah nie...


Okay..jom shopping..yeay !

Masuk jer butik nie cik-anne terus terpikat dengan kasut yang cik-anne try tu, adoii!! tapi punyalah tinggi, dah lame cik-anne tak pakai kasut lebih dari 3 inci nie..Di sebabkan minat yang sangat mendalam dan kebetulan pulak ade sale, cik-anne tutup mata jer pi bayor..Mr hubby lak main angkat2 kening tanda setuju...hihihihi


Kasut dah dapat, senyum sampai ke telinga la...hahaha

Nie cik-anne pilih blouse lak...memang suai dengan size cik-anne, blouse kat sini cantik-cantik gak, banyak pilihan...

Adoi!!! pompuan nie kalau shopping dah tak ingat semua..Tapi kalau uols nak tahu, cik-anne pilih yang ade sale jer...ngeh3

Di sekitar bandar frankfurt, hujan renyai-renyai waktu nie..

Bunga-bunga segar...

hmm..ada sapa2 yg boleh tolong terjemahkan...(^_^)


nyummy...freshnya buah2 kat sini...murah plak tu


shooping kasut lagi, kat sini lagi banyak pilihan...pening gak kepala nak pilih..mr hubby dalam diam berpasang-pasang kasut di sambarnya....*_*


Unik kan bangunan kat belakang tu...German architecture

Perfume pun ada sale, harga murah sikit la dari tempat kita.Pilihan cik-anne tak lain tak bukan Lancome Tresor in Love...

Orang lain semua dah ade dalam bas, cik-anne and hubby sempat lagi pose untuk kali terakhir di bandar Frankfurt nie..Bye-bye Frankfurt.. 


Memang berbaloi baloi lah shopping kat frankfurt nie...kebetulan ade summer SALE, dari perfume,kasut,pakaian semua nya SALE...Cik-anne and Hubby jadi tak keruan di buatnya...
Lepas nie weols teruskan tour ke Rhine River Cruise...see ya next entry !

-Cik-Anne-
Ceria Selalu









Tuesday, November 8, 2011

Part 3 - Swarovski Kristallwelten , Austria

Assalamualaikum........Citer pasal  Austria lagi kot.....nak habiskan jugak.Pasni baru leh posting citer lain pulak...Asyik Austria jer...heheheheh.

Di sinilah terletaknya factory Swarovski.Hanya 30 minit dari Innsbruck.Uols tahu tak jenama dan barangan Swarovski asalnya dari Wattens, Innsbruck. Bertuah lah badan dapat gak cik-anne menjejaki factory nie...hihihihi

Entrance to Kristallwelten

Swarovski's figurines are collectible, with a stylized mouse being the very first figurine created.

Inilah Kristallwelten = Crystal World punya trademark...patung kepala dengan air pancut keluar dari mulut...Cik-anne tak tahu lak patung nie membawa maksud apa....

Bayaran masuk for adult it cost Euro 9.50 per person.Group of 10 or more Euro 8 per person.Untuk kids under 12 is free. Oh ya, kalau nak minum cappucino or lght meals, kat sebelah counter tiket nie ada cafe.

Entah nape agaknya semua orang suka sangat ambik photo kat sini...Cik-anne pun sekali ler...ngeh3

Crystal World...

Cantikkan...


Semua di hiasi dengan kristal..Cantik-cantik lak tu, semua ada..cincin,rantai,gelang,subang dan macam2 lagi lah..



Kilauan kristal ...

Harga pun berpatutan...Cik-anne cari yang murah jelah untuk kenangan...bila lagi nak datang factory nie kan!!

Even, toilet diorang pun ada kristal..bling2 lagik...


Salah satu arca yang terdapat di taman di Swarovski Kristallwelten..

Nie lah antara hasil tangkapan cik-anne di Swarovski Kristallwelten...Murah jer tu...cincin dengan subang jer yang mampu...rasanya harga kat sini lagik murah compare kat shopping complex. hehehe


Habis sudah entry Austria..Lepas nie Cik-anne nak sambung entry ker German lak...
Thanks for following my entries. To those yang belum follow lagi, sudi-sudikanlah klik follow kat atas tu.:))